Hai Readers yang dikasihi..bertemu lagi kita kan. Haa Entry saya kali ini ada tentang sebuah persoalan yang amat amat popular dalam kalangan gadis gadis yang punya pacar ( macam minah Indon hihi ).
Awak Cinta Saya Tak ?? Well well.. mengaku atau tidak cewek cewek di luar sana pertanyaan ini mesti selalu kita persoalan pada cowok cowok kita kan. Jangan nak tipu lah.. confrim punyaaa hehe... Baik lah, di sini ada beberapa pandangan daripada saya macam mana kita nak tahu kalau Lelaki itu memang Sayang dan Cinta pada Kita... pandangan saja Tauuuu...kalau tak betul jangan marah saya hihi .
Yang Pertama :: Rajin Hubungi Kita
Dalam percintaan logik tak pasangan itu jarang berhubung ?? Tak logik kannnn.. kalau dah namanya bercinta mestilah saling merindu bila dan rindu mestilah nak kena Jumpa, SMS dan Call pasangan. Haaaa dengannya wanita lagi ne memang di anugerahi perasaan yang kalau boleh naknya 24jam berhubung dengan kekasi hati (kalau jauh lah) dan kalau yang dekat pulaknya mesti nak kena jumpa selalu. Dah ituu normal... kalau lelaki itu jarang nak call ka SMS ka asal ajak jumpa macam alasan itu tandanya dia belum pon mencintai kita sepenuhnya. Sebab itu salah satu komitmen dalam bercinta.
Yang Kedua :: Tidak Pernah Bosan
Penyakit bosan adalah virus yang sangat bahaya dalam ikatan Cinta. Memang manusia fitrahnya muda bosan..bo booosan..tapiii haa ada tapinya kalau lelaki itu sayang kita dia tak akan tidak akan menunjukkan Kebosananya pada kita. Ehh camna tue?? Contohnyaa, bila kita SMS dia tetap mantain balas. Lepas tue borak lah pasal apapun dia tetap menunjukkan minat dan taip sms panjang bukan sekerat kerat. Macamm "oke", "yaka", "hehe" urmmm nak berborak pun kita jadinya takda mood. Sama juga kalau On Call. Bila kita call dia akan angkat dan berborak like a bestfriend. Kalau dia tak dapat angkat dia akan beritahu kemudian apa sebab tak angkat bukannya buat dekkkkk jee. Maksudnya walau dah lama mana pun hubungan itu keakraban semasa berhubung itu sama sepertinya mula2 bercinta dulu. Am i right ???
Yang KeTiga :: Sedia Jumpa Ibubapa
Haaa ini yang paling amat penting !! Bagi saya, saya tak akan anggap lelaki itu serius jikalau dia tak berani menghadap orang tua. Mungkin seawal pergubungan tue tak la tapi kalau hubungan dah melepas tempoh dua Tahun maka perempuan ayuh ajak dia berkenalan dengan Mak dan Bapak kita hehe. Cepat atau lambat si Dia pasti akan jumpa orang tua kita dan itulah tandanya si dia memang cinta dan serius dalam hubungan. Mak saya pun ada cakap "lelaki yang serius sama kita adalah lelaki yang berani jumpa ibubapa perempuan". Binggoo !!
Oke... itu sahaja sedikit tips dan pandangan daripada saya yang tidak arif ini heheh. Apapun dalam perhubungan itu Kepercayaan dan Komitmen amat penting. BERCINTA itu ada proses Give and Take. Kalau satu pihak sahaja yang give... makanya hubungan itu tidak akan berjalan dengan baik. Jadi kedua pihak harus saling memberi dan berusaha memperkukuh hubungan yang terjalin.
Oke... sekian dan terima kasih.. Selamat Membaca.. (^_^)
No comments:
Post a Comment