Tuesday, November 4, 2014

Nasihat Untuk Si Bakal Isteri


Assalamualaikum kawan-kawan yang saya hormati dan kasihi...baiklah Entry saya kali ini berkaitan tentang satu perkongsian Sebuah Nasihat yang pada saya ianya amat berguna kepada kita semua...haaaaa especially to those a wife-to-be...

Nasihat apakah itu?? Saya mau cerita la ni,, di Sekolah saya ada seorang Ustaz ni memang baik orangnya. Saya pun tak sangka la kan hari tue dengan tiba-tibanya dia Tanya saya "cikgu kawin bila tu?". Dengan malu-malu kucing la konon saya pun memberi lah tahu...bla blaaa blaaaa... then ustaz tue cakap, cikgu Perkahwinan itu adalah satu proses kita menyempurnakan agama kita. Bukan mudah cikgu alam perkahwinan banyak liku-liku yang akan kita tempuhi. Sudah sedia kah cikgu ?? Saya pon dengan tersengih2 jawab....InsyaAllah Ustaz..dalam proses mempersediakan diri...

Ustaz ni sangat baik,, kenapa saya cakap macam tue dia sanggup ambil berapa minit untuk berbual dengan saya hanya semata2 dia menyampaikan sebuah nasihat kepada saya. Haaa mau tau apa nasihat beliau...?? Ini diaaa

BILA KITA KAHWIN

kata ustaz tue bila kita kahwin kita kena terima 4 perkara dalam kehidupan kita. Iaitu :

1.  Tidak mengharapkan Kesempurnaan
Katanya, kunci kebahagian dalam rumah tangga yang paling penting saat kita diijab kabul kita harus meletakkan bahawa Suami kita bukan sempurna. Haa biasalah kan kita wanita ini beranggapan yang bakal suami kita itu itu dan ini. Tapi dalam lumrah kehidupan berumahtangga suami yang kita impikan bukanlah sama seperti suami yang kita bayangkan selama ini. Almaklumlah kita perempuan ni mengharapkan bakal suami kita se seweet jejaka korea dalam watak drama korea kan kannn hihi.

2.  Jaga Makan, Minum dan Pakaian Suami
Haaaa katanya lagi, sangat penting sebagai seorang isteri kita menjaga tiga benda ini. Jangan malas-malas ke dapur katanya. Rajin-rajinkan diri buat air panas untuk suami supaya suami tambah sayang...tak gitue hehe. Tapi yang paling penting, masa kita duk buatkan makanan dan minuman buat suami kita katanya sambil-sambil tue kita kenalah baca-baca doa...doakan yang baik-baik utk suami kita. Baca selawat pon boleh juga...haaa para isteri amalkan yaaa...

3.  Harus Pandai Kawal dan Turunkan Ego Suami
Aikk macam mana tue?? Katanya semua suami di seluruh dunia mempunyai ego yang sangat tinggi. Bukan namanya lelaki kalau tak ego kannn. Jadinya kata Ustaz tue sebagai isteri kita kena bijak dalam menangani ego suami kita. Yang paling penting isteri jangan ikut nak ego juga macam suami. Caranya berbeza...soooo isteri2 take yur time mengenali para suami andaaa...hehehe...

4.  Jangan Menolak Poligami
Ehhh kenapa macam tue Ustaz?? Mana bolehhhh tak bolehh tak boleeeeeyyhhh.. kata saya dalam hati laahh hihi. Katanya, jangan sesekali kita menolak poligami. Kerana dalam Islam Berpoligami itu bukan Haram tapi diharuskan bagi suami2 yang berkemampuan. Tapi ada caranya supaya kita menghindar dari poligami katanya. Macam mana tue ?? Caranya kita selalu mendoakan agar suami kita dihindarkan daripada berpoligami dengan alasan dia tidak berkemampuan. Ingat "senjata orang islam yang paling tajam adalah DOANYA"... Sooo bersama-sama kita amalkan yaaa...

Alhamdulillah nasihat yang bermanfaat ini saya kongsikan bersama warga pembaca. Jarang-jarang tauuuu orang bagi nasihat free hehe. Semoga sedikit ilmu ini membantu para isteri dan bakal-bakal isteri diluar sana... 


 photo http---signaturesmylivesignaturecom-54492-233-7F22522347D0DA79A6199530F76391FC_zps7fe83902.png

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...