pada petang yang mulia ini terdetik rasanya hati ini untuk menulis tentang satu isu yang memang agak-agak panas la juga. Hmm...menyentuh tentang bab-bab tipu daya ni kan mesti kita akan fikir yang memperdaya itu lelaki dan yang terpedaya itu pula adalah wanita. Rite?? Sana sini memang kita dah selalu dengan masalah ni...dan memang amat menyedihkan la kenapa perkara seperti ini berlaku..yang kesiannya adalah wanita tue sendiri sehingga tertipu oleh lelaki Durjana (maaf jika kasar). Saya sering tertanya-tanya kenapa semua ini boleh berlaku? adakah disebabkan wanita itu sendiri yang mudah tertipu dengan kata-kata manis lelaki?....hmmmm...ntahla...
Kenapa lelaki sering menjadikan wanita itu sebagai mangsa kejahatan mereka? bukan kah wanita itu sepatutnya dilindungi, dijaga dan dihormati. kemajuan yang kita capai pada hari ini sebenarnya telah membawa kita kepada kehidupan yang lebih jahil. Semakin kita maju semakin kita jauh kebelakang. Yela..tengok la kat berita, seringkali ada laporan wanita-wanita yang ditipu lelaki. haa..lagi lagi kini penggunaan laman sosial seperti Facebook, Frinster, Twitter, Myspace dan lain-lain yang menjadi medium untuk kepada semua berhubung merentas negara dan sempadan.
Memang ramai wanita-wanita diluar sana yang tertipu dengan kenalan-kenalan alam maya tau...benda nie fakta dan benar. Laman sosial dijadikan medan mencari kenalan, cari couple dan istri pon ade...hohoho...walaupun sebenarnya ade baiknya juga laman-laman sosial ini tapi yang paling menyedihkan adalah apabila ada segolongan anasir-anasir jahat yang mencari mangsa mereka menggunakan laman sosial. Euww...jahat betol kan...bila la mereka ni insaf kejalan yang benar.
Tapi, cinta alam maya melalui laman sosial ni ade juga yang dijalan dengan keikhlasan. Saya tau ramai kawan-kawab kat luar sana yang bertemu jodoh kat laman-laman sosial malah ade yang kawin tau. Itu sebab meraka jujur untuk berkenalan, bukan macam sesetengah individu yang jahat dan tidak berhati perut.
Satu je pesanan saya kat sini buat kawan-kawan kat luar sana,
sebagai wanita kita seharusnya tidak mudah percaya dengan lelaki, kita haruslah ada sedikit curiga dengan erti kata lain jangan berikan 100% kepercayaan kepada lelaki tak kira suami, tunang ataupun kekasih. itu tidak bermakna kita tidak menyayangi mereka, tapi itu adalah langkah berjaga-jaga wat kaum wanita apa kate orang " sediakan payung sebelum hujan" kan...
Andai lelaki itu benar-benar sayang dan cinta kita, sudah tentu dia akan menerima kita apa adanya, dan berusaha untuk menambat hati kita. Jangan la kita terlebih mencintai dan menyayangi mereka kerna kelak kita juga yang akan merana sekiranya ditinggalkan.
Semoga kaum-kaum adam kat luar sana akan mendapat hidayah dari Allah dan layak menjadi seorang ketua keluarga kelak. Amin....................(^_^)
No comments:
Post a Comment