Thursday, November 18, 2010

ExAmMM suuUUUDaaahhhh.....

Assalamualaikum...

eeuuww...eeuuwwwww....pejam kelip..pejam kelip..naaahh Exam sudah..atookooii..
cepat juga masa berlalu...tak sedar nie semester 5 sudah berakhir. Fuhhh..makin tua la aku ehehehe...
Takut nie takuttt..mcm bnyak main ja saya rasa tau sem nie. Hmm..menyesal jg sia-siakan study week yang ada.. uwaahhh...takutnyaaa...!!!! bole kah skip examm??? (boleh bah lau ko mau gagal) 
apa pun,,exam kena diharungi jua...lautan api kan ku renangi..fuuhh..ayat power gituueee..
Just buat yang terbaik,,,study dan fokus dunt play2. do not have time anymore.
Berusaha seboleh yang mungkin, banyak-banyak berdoa pada Allah dan tawakkal. 
InsyaAllah dengan izin-Nya pasti dapat buat punya..aminn..


o.k..kepada rakan-rakan seperjuanganku...saya mendoakan agar kita semua dapat menjawab exam dengan baik Aminnn....satu nak pesan, jagn main tiru tauu...ehehhe..Tuhan Marah.

Oraittt,,,CHIAYOOKK !!!! 

Monday, November 15, 2010

LoVe by Me

if only u know

belong's

u & i



i only love u



Add caption

never be apart

we share happiness together

Sunday, November 14, 2010

tHe SadnEss- I am On tryin'

Assalamualaikum....

if i could cry

Benar ka wujud penipuan pada diri sendiri..??
Jika kita berusaha untuk senyum walau hati kita sebenarnya berat nak senyum itu boleh dikira sebagai tipu diri sendiri tak??? 

Hidup nie memang tak adil,,Allah memberi kita banyak kekurangan agar kita sentiasa berfikir dan berusaha bukan untuk bersifat tamak..tapi, manusia sentiasa tamak.,manusia tak mensyukuri apa yang ada didepan mata. Mereka tak memandang apa yang ada dihadapan mereka tapi bila bendah tue hilang barulah nak tercari-cari..tak bersyukur kan namanya. Kenapa mesti wujud penipuan,,?? kenapa mesti merahsiakan...??

Saya berusaha menerima satu kenyataan yang bagi saya amat perit..kebenaran yang sangat menyakitkan hati. Mungkin saya BODOH,,?? or konon nak tunjuk lagak "berkorban untuk menerima dan memahami"...Namun, saya juga manusia biasa, saya punya hati kecil yang akan terasa pedih, sakit, kecewa dan sedih macam orang lain walau sekuat mana saya tampilkan diri saya dihadapan orang lain. Namun, saya tetap tak kuat sebenarnya setiap yang berlaku juga menguris hati saya dan menghancurkan tawa saya.....

Kita berusaha menerima, memahami juga menganggapnya sebagai cobaan dalam perjalanan hidup untuk mematangkan diri, namun hakikatnya hati kecil kita tetap tak dapat melawan. Hidup nie tak semudah yang kita fikirkan. semakin jauh kita melangkah semakin banyak cabaran yang akan menghimpit diri kita. Ya Allah, kuatkan lah semangatku agar aku mampu menghadapi semua cobaan dalam hidupku ini dan Engkau Kukuhkan la pendirian ku Amin.....

mood : Saya sangat sedih...........

Monday, November 1, 2010

Pro ANd Kontra Students baWak Handphone

Assalamualaikum...and a very god afternoon.


Handphone or dengan makna yg direct dia diertikan talipon Tangan (pelik jee). Senang ceta panggil ja "NSET"....., Trend sekarang ni, semua org berlumba2 nak nset yg lawa, canggih, mahal, dan banyak lagi la. Budak2 5 tahun pon dah ade yg pandai main nset...isshh..dasaattt...hmm..memangla ada baiknya nset ni..kemudahan...tapi kat sini saya nak ulas sket pasal penggunaan nset dlm kalangan pelajar. Wajar ka??? (waahh..mcm guru besar la pulak..ehehe)

Nie pada pendapat saya laa...tak leh jg nak kata pelajar bawa nset tue salah or tak boleh. Ada jg baiknya tapi ada jg Buruknya..Kenapa?? Haa..jom2..saya bagi tau kenapa...

Buruknya:

  1. Biasanya kan, pelajar2 ni buknnya minat sangat nak belajar (x semuala),,dorang ni cepat bosan, lebih2 lagi lau guru tue ngajar membosankan. Haa, nila masa diaorg naik gila. Mula la berkepit dan bermanja2 dengan nset canggih dorang tue. Main game la, msg la, amek2 gamboo laa..eeuuww..mcm2. Mana naknya dapat tumpuh perhatian lau duk gila main nset kan. Sebab tue laa...guru kena pandai,,sambil2 ngajar cuba round kelas tue..tngk apa peljr2 buat terutamnya yg duduk kat belakang. Haaa..ada la tue dia wat jadi operator Nset.
  2. Apa yg lagi teruk,, haa pelajar2 ni berani tengok2 video dan gambar2 yg tak senonoh dlm nset. Teruk2...hmmm ni bukan ja merosak kan minda malah menjahanamkan iman. Lepas tue.... ini akan mempengaruhi kawn2 yang lain...tambah besar la masalah...
  3. Bayangkan, nset pelajar lebih mahal dari nset guru..fuuyoohh..memang kaya la org2 Malaysia skrng..Hebat. Tapi, salah sebenarnya membiarkan anak2 memiliki nset lebih2 lagi yg canggih2. Mcm2 bole buat dngn teknologi skrng ni. Kang tak pasal2 Guru S.S. (syok sendiri) mengajar aleh2 pelajar2nya duk main facebook, msg, dengar lagu kat belakang. Penat jeww mulut berckp..huhu..sian cikgu..
Kebaikannya pulak:

  1. Lau kes2 emergency nset nie membantu jg. Contohnya lau pelajar sakit, pengsan ke, tak balik2 umah ke...ibu bapa dapat la jg hubungi anak2 meraka.
  2. Lepas tue, time2 ada urgent ke..mcm time balik sekolah tue kan ada bapa2 yg tak dapat nak amek anak2 dia, so..senang ja dia nak bagi tau anak dia suru join kwn ke naik bas or teksi ka...call je no. anak tue...haaa..kan..mudah.
  3. Guru pon dapat gak kebaikannya, mcm ada pelajar2 nakal tahap gaban tue, ponteng kls, guru minta ja no dia kat kwn2 dia then call..haa senang la nak tau dia kat mana. Ritee..

oraitt...itu ja...kesimpulannya la kan, memang tak paya la bagi anak2 tue bawa nset. Memang tak baik, nnti tak dapat nak tumpu pelajaran dengan baik. Kang tak pasal2 dapat result teruk mak bapa jg yang hampa kan..tapi salah siapa? haaa..jgn la terlalu memanja kan anak2. Lau boleh, semua sekolah kat malaysia ni..letak kan public phone banyak2...so ade apa2 senang skit pelajar2 nak menghubungi ibubapa diorang. tak perlu nak mengada2 bawa nset la konon..uhhh..alasan anak muda.

O.k..sekian saje...wassalam..

Sunday, October 31, 2010

WaNita iTu mCm iNi

Assalamualaikum dan Selamat pagi buat kawan-kawan,,

hmm,,bangun ja pagi ni saya trus buka FB dan Blog,,dlm saya duk tengk-tengok tue tetiba pulak saya dapat satu topik yang saya nak share kat Blog saya yg comel loteh ini...ehemm..(^_^)

Saya tau, ramai lelaki kat luar sana ambil mudah soal perasaan wanita kan. Haa jgn nak nafikan. Lelaki dlm fikiran mereka mesti anggap wanita ni hati lembut, cepat terasa, sikit2 nak merajuk ntah ape2 lagi la dorang fikir. Tapi hakikatnya.....tak semudah tue tauuu...haa..jgn pandang rendah dengan perempuan.

Selalunya bila sorang kami ni pompuan mengatakan yg kami sedang bersedih,tetapi tidak menitiskan airmata..haaaa...itu bermakna kami sedang menangis di dalam hatiii...sedihkan...takda sapa yg faham...(T_T)

Then, bila kmi tak hiraukan kamu lelaki selepas kamu sakitkan hati kami....itu tandanya dia nak diberi masa untuk menenangkan hatinya sebelum kamu tegur or minta maaf. Kang cakap2 tak pasal2 kena leter...haaa..padam muka.

Lepas tu kan...kami payah sgt nak cari benda yg dibenci..memang bencilaaaa tntg org yg kami syg (ehemm) sooo, no wonder la kan bila ja hubungn tue putus di tengah jalan memang patah hati kaw2 laaa....lau nak bunuh dri pon sanggup...eheheh..(melebih pulak....)

Bila kami dah jatuh cinta dengan kamu lelaki, fuhhhh..walau apa jua di manajua..kamu tetap dihati dan hnya kamu la yg difikirkan walaupon kami sedang kuar dngn lelaki lain. Kan,,,betapa kuatkan cinta kami..

Tapi, bila kamu yg kami suka, cinta , syg dan sama waktu dngnnya tenung tajam ke dlm mata kmi ( ishh jgn cucuk sudahla),,alahaiiii cair mcm coklat la alamtnya diri kmi ni....malu..maluuuu..

Alaa...kmi memang suka dipuji..betoll...tapi tue laa..kami tak tau lak mcm na nak terima pujian tue..sebb tue kami selalu akan tolak pujian..haaa..Tak minta Puji kan?? ehehe

Kami jg suka meluahkan apa yg kami rasa dlm hati ini dngn cara, dngar muzir, puisi, lukisan dan tulisan (diari la..)..semuanya akan terluah kat situ tauuu

Jangan..Jangannnn sesekali kata kmi ni tak langsung tak guna. Ciss..jgn cabar kewibawaan kmi...uhh..silap ari bulan kan kmu pulak yg datang merayuuuuu.....NO WAY...O.K..

Haa..kamu lelaki jangan laaaa pulak bersikap tersngt2 la seriuss..adooyaiiii..mati tauu mood kmi..eeeiihh..tak suka laa..cuba wat lawak2 ka sket..baru happy...rite..

Sekuntum senyuman dari kamu memberi seribu erti bagi wanita tauuuu. Jadiiii jangan senyum sebarangan!!!!.

Haa..nie penting,, Bila kmi memberi juta2 alasan setiap kali kmu lelaki ajak kmi keluar,,tinggalkan laaaa...itu tandanyaa kami tak berminat dengan kamuuu...fahammmm..malas nak layan...uhh

Tapi,,, jika kami menghubungi ataupun menunggu2 panggilan org msg dari kamu thats mean kmu kena teruskan usaha memikat..Tau sebab apa? ada Green Light la tueeee...eeiihh..

Ini penting..!!Jangan sesekali mengagak apa yang kami rasa. Tanya kami sendiri!!..kang tersalah teka padam muka..

Hehehe...Biasanya kan,,Selepas kami jatuh cinta kan, kami akan sering tertanya-tanya tauu kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.??? hmmm...kenapa..kenapaa....

Kamu kan lelaki,,, ni nak cakap sket... Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati kami nii, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta...tak kan itupon malas koott..eeihh...

Walauponnn Bekas teman lelaki kadang akan muncul2 di fikiran kami,, tetapi lelaki yang kami cintai kini akan sentiasa berada dihati yang amat2 teratas sekali...

Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan hari kami tauu...inikan pulak ucapan " I love U"...tak tau apa nak jadi pada dunia.....eheh..ada hati dalam taman..org kata..

Tau tak?? Kami paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik......menyampahhhh...mcm la kecantikan tue kekal...eeuuwww...

Bagi kami,,Cinta itu bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi...itula nilai sebuah cinta yang kami harap2kan..simple ja kan..kan2...dan kami mahukan sorang lelaki yang cintakan kami sepenuh hati..InsyaAllah...cinta itukan dibalas dengan kesetiaan berlipat kali ganda

Senjata wanita adalah airmata!!!! betol ke??? huhu..betol la kott....korang lelaki jgn sesekali buat kami menangiss..

Kalau nak tahu kan..kami suka sangat2 jika sesekali orang yang kami syg dan cinta tue mengadakan surprise (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Kami akan rasa terharu dan merasakan bahawa diri kami ini dicintai setulus hati. Dengan ini! kami mesti tak akan ragu-ragu terhadap kamu lagi..Kompommmm..!!!

Satu Rahsia wat lelaki yg still single...ehehe...kami kan pompuan ni memang mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang kami dan baik juga terhadap kami. So,,,,kalau nak memikat kami pandai-pandailah….....

Tapi apa yang penting sebenarnya,,lelaki mudah mengambil hati wanita kerana apa yang kami mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa...itula diaa..takde lain punya..harta tuee...ade jg la kot yg mata duitan..(tue wanita tak reti malu namnya..)

Ootaittlaa...selesai sdh..haaa..lelaki2 kat luar sna dah tau kan..wanita tue mcm manaa...takde la rumit sangat nak faham isi hati kami ni..yang penting kamu lelaki pandai dan berusaha untuk memahani diri kami seadanya. Yang penting jg, Jangan cintai kami kerana luaran semata2 (cantik..koott) tapi cintai hati budi kami..barula kamu lelaki dapat cinta tulen dari kamii..lau just nak tengok muka jee..hmmm..alamatnyaaa..habis la duit korangggg..Padan Muka !!!

Wednesday, October 27, 2010

Bila Tiba proses ADD Drop Kursus...

Mlm ni..dengan penuh gementarnya saya dan kawan-kawan satu rumah
menanti tepat pukul 12.00 malam semata-mata mau add kursus...fuuhhh,,
semangat tue yang penting.
Semangat ke?? hehe...nak rebut sebenarnya takut kouta penuh.

tapi,,last2 kekecewaan juga yang kami dapat tau..
Buka ja Upsi Portal aduhh..langsung tak dapat masuk Myupsi..
sabar-sabar...hari esok ada lagi kan...
cuba nasib lak esok.

esok...aku dengan ini berjanji akan bangun awal...hoho..
kena berjuang untuk add kursus...
tomorrow will be the Survival of the fetus....
power ayat....ehehe...

Apapun..tak lama lagi semester 5 akan berlalu dan
bermulanya kehidupan semester 6..
Semoga semuanya baik-baik saja untuk tahun hadapan
Amin....

Tuesday, October 26, 2010

If I......

ptg-ptg nie saya ade terbaca satu dialog sweetlawak yang bagi saya sangt-sangt comel....jom sama-sama baca..

girl : If i feel bored, wat should i do honey??
boy : call me!
girl : If i feel sad?
boy : think of me!
girl : if i feel lonely?
boy : meet me!
girl : if i feel sleepy?
boy : dream of me!
girl : if i feel hurted?
boy : remember me!
girl : wat if i feel hungry??????
boy : REBUS MEEE !!!!!

hahaha....they are so sweet...(^_^)
ending dia funny.....i like..


KebenaRan Yang BenaR

Benar??
benar-benar..
aduhhh...memang benar

nape ek...?
susah sangat ke...
payah sangat ke...
hmmm...atau memang tak boleh wat kot...

pening-pening....
aduuhh...
satu je harapan...
harapan nusa dan bangsa

Ohh ibu...
doakan anak mu ni..
Ohh ayah..
ku mohon keberkatanmu..

papun...semuanya harus diteruskan
wat yang terbaik...tak leh main-main..
main-main kang terbabas masuk longkang
semoga berjaya menghadapi Exam...(^_^)

ini bukan sajak yee...saje je tulis2 nak ilangkan tension

Sunday, October 24, 2010

IngAtlaH InsAn TeRsaYang

Assalamualaikum...kawan-kawan (^_^)

hari ni bersamaan 25 Oktober 2010 saya ingin berkongsi satu maklumat yang sangat-sangat penting tau. Tapi, sebelum tue saya nak bagi tau yang pesanan nie khas saya tujukan wat dua insan yang amat penting dalam hidp saya...eceehh..ehehe. Firstly saya nak tujukan wat my beloved Father at Sabah and satu lagi for my Special one i called him "Kulluk"....


TAK NAK ROKOK !!!!

my dear Daddy and Kulluk,,
saya tau benda ni bukan senang nak diubah tapi tak mustahil jg akan berubah rite. takpe lah, let me stret to da point ja saya nak Daddy and Mr Kulluk berhenti dari merokok. Saya selalu nampak iklan yang memang menakutkan tntg rokok tau bila tengok iklan tue mesti akan ingat Daddy and Mr Kulluk. Takutnyeee.....klo la tabiat merokok tue mcm nak salin baju je kan...senang main pakai buang jee. Tapi saya tau, bukan mudah nak berhenti dlm waktu yg singkat kan..but keep on trying. Bahaya tau merokok..betul...tak tipu. Ha mari saya kongsi satu kebenaran. Semalam saya ade baca kat paper satu artikel tentng kesan-kesan merokok. Jom-jom....kita baca sama-sama.

Dalam paper tue dia kate:

pertama merokok mempercepatkan kemerosotan mental sebnyak 5 kali lebih cepat jika dibandingkan dengan orang yang tidak merokok. Haaaa....kan...bahaya tue. Sebab tue lebih baik berhenti or kurangkan merokok sebab nanti cepat nyanyuk..taukan nyanyuk tue mcm mana. Sian kat orang tersayang tau...mereka mesti tak nak korang jadi mcm tue...

kedua, dia kate lagi merokok meningkatkan risiko mendapat penyakit lupus. (uh? pe tue??) kalo nak tau penyakit lupus tue adalah penyakit autonium ataupun dalam BM kecelaruan sistem Imun (wah mcm doktor la pulak). pastue, dia kata lagi boleh menyebabkan keradangan, kesakitan, dan kerosakan tisu seluruh badan tuh. Bahayanyeee...saya doakan Daddy and Mr Kulluk dapat berhenti and kurangkan merokok ye...amin......(^_^)

My Beloved Daddy and Mr Kulluk,
yang ketiga pulak, merokok akan membuat kita kelihatan cepat tua...euuwww...mesti tak nak nampk tua kan...kan2. Haaa...jadi?? fikir-fikirkan lah...demi kebaikan sendiri dan pemandangan orang lain...ehehehe..(supaya sentiasa dipandang muda).

keempat,,gigi dan gusi rosak. sian tauu Allah dah bagi gigi dan gusi yang cantik-cantik tapi kita pulak tak hargai. lau dan rosak mana bole baiki lagi..betol tak? Nanti lau tak berhenti merokok kan akan dapat penyakit gusi, nafas berbau, dan lain-lain lagi lah. Isshh merokok ni memang tak da kebaikan kan2....hurmmm..pastuekan, dia kate kuku, kulit akan rosak. nnti kuku jadi warna kuning. kang tak pasal-pasal mcm pakai pewarna kuku...ehehe...

then da last one, kedutan tepi mata. sebenarnya lambat laun kita semua akan dapat kedutan gak..tapi lambat dan cepat je perbezaannya. lau merokok akan dapat kedutan tepi mata awal..haa kan nnti nampak tak enceemm daa..huhu...

Orait....itu je yang saya nak kongsi. Harap Daddy and Mr Kulluk fikir-fikir ya pesanan saya ni. Tak tipo...bukan wat cerita, tapi semua ni doktor yang ckp..saya just sampaikan ja. Tapi saya akan doa biar hati mereka akan terbuka and step by step akan berhenti merokok..AMIN..........

o.k lah, saya minta diri dulu....
sebelum tue saya minta maaf ye Daddy and Mr Kulluk,,and kwn-kwn yang baca post nie jga harap2 akan dapat pengajaran dan sama-samalah kita jaga diri demi orang yang tersayang (^_^)



wAniTa : MangSa Tipu Daya LelaKi

Assalamualaikum....dan selamat petang semua (^_^)

pada petang yang mulia ini terdetik rasanya hati ini untuk menulis tentang satu isu yang memang agak-agak panas la juga. Hmm...menyentuh tentang bab-bab tipu daya ni kan mesti kita akan fikir yang memperdaya itu lelaki dan yang terpedaya itu pula adalah wanita. Rite?? Sana sini memang kita dah selalu dengan masalah ni...dan memang amat menyedihkan la kenapa perkara seperti ini berlaku..yang kesiannya adalah wanita tue sendiri sehingga tertipu oleh lelaki Durjana (maaf jika kasar). Saya sering tertanya-tanya kenapa semua ini boleh berlaku? adakah disebabkan wanita itu sendiri yang mudah tertipu dengan kata-kata manis lelaki?....hmmmm...ntahla...

Kenapa lelaki sering menjadikan wanita itu sebagai mangsa kejahatan mereka? bukan kah wanita itu sepatutnya dilindungi, dijaga dan dihormati. kemajuan yang kita capai pada hari ini sebenarnya telah membawa kita kepada kehidupan yang lebih jahil. Semakin kita maju semakin kita jauh kebelakang. Yela..tengok la kat berita, seringkali ada laporan wanita-wanita yang ditipu lelaki. haa..lagi lagi kini penggunaan laman sosial seperti Facebook, Frinster, Twitter, Myspace dan lain-lain yang menjadi medium untuk kepada semua berhubung merentas negara dan sempadan.

Memang ramai wanita-wanita diluar sana yang tertipu dengan kenalan-kenalan alam maya tau...benda nie fakta dan benar. Laman sosial dijadikan medan mencari kenalan, cari couple dan istri pon ade...hohoho...walaupun sebenarnya ade baiknya juga laman-laman sosial ini tapi yang paling menyedihkan adalah apabila ada segolongan anasir-anasir jahat yang mencari mangsa mereka menggunakan laman sosial. Euww...jahat betol kan...bila la mereka ni insaf kejalan yang benar.

Tapi, cinta alam maya melalui laman sosial ni ade juga yang dijalan dengan keikhlasan. Saya tau ramai kawan-kawab kat luar sana yang bertemu jodoh kat laman-laman sosial malah ade yang kawin tau. Itu sebab meraka jujur untuk berkenalan, bukan macam sesetengah individu yang jahat dan tidak berhati perut.

Satu je pesanan saya kat sini buat kawan-kawan kat luar sana,
sebagai wanita kita seharusnya tidak mudah percaya dengan lelaki, kita haruslah ada sedikit curiga dengan erti kata lain jangan berikan 100% kepercayaan kepada lelaki tak kira suami, tunang ataupun kekasih. itu tidak bermakna kita tidak menyayangi mereka, tapi itu adalah langkah berjaga-jaga wat kaum wanita apa kate orang " sediakan payung sebelum hujan" kan...
Andai lelaki itu benar-benar sayang dan cinta kita, sudah tentu dia akan menerima kita apa adanya, dan berusaha untuk menambat hati kita. Jangan la kita terlebih mencintai dan menyayangi mereka kerna kelak kita juga yang akan merana sekiranya ditinggalkan.

Semoga kaum-kaum adam kat luar sana akan mendapat hidayah dari Allah dan layak menjadi seorang ketua keluarga kelak. Amin....................(^_^)

Friday, October 1, 2010

Gila-Gila...

semua orang mesti mengharapkan semua apa yang dia ingikan akan tertunai...betol tak??
huhu..mcm tue la juga saya.....kalo lah semuanya mampu menjadi kenyataan.. bestnyaaaaa....tapi semuanya hanya mampu jadi sekadar angan-angan ja...(^_^)

kalo bole saya nak shopping sepuas hati dengan mak saya...tapi saya nak shopping guna duit saya sendiri.....saya nak belanja mak saya laa...ehehe...beli ole-ole utuk bapa, abg, adik-adik dan lain2.

pastu,, saya teringin sangat-sangat jalan-jalan gi tempat-tempat yang cantik-cantik..mcm yang ad banyak bunga, pemandangan yang cantik, pergi pulau dan pantai yang cantik...pergi tempat yang ada banyak makanan sedap-sedap...(pasar malam la..eheheh)

pastu nak jalan-jalan ngan orang tersayang....
makan-makan.....gi tempat yang ada permainan cam genting, tengok wayang...pergi taman...window shopping....beli barang yang sama..pastu pakai sama-sama...dapat hadiah dari org tersyg...pastu dapat surprise ari jadi.....
sweet kan...huhuhu....

haa..ni lagi teruk..saya berangan nak g luar negera ....hahahaha..nak g korea n jepun...waahh..bestnya..dapat main salji, tengok bunga...makan yang sedap...sushii...dapat jumpa artis korea yang saya minati...bahagianyaaaaaa...huhuhu...

tapi......semuanya hanyalah angan-angan..ehehehe..mana la tauu..jadi kenyataan kan..kan...kan..

aPa kaTa haTi...


Bukan mudah untuk kita meneka apa yang ada dalam hati seseorang
dan bukan mudah juga untuk seseorang itu meluahkan apa yang terbuku dalam hatinya
melainkan dia berharap agar seseorang yang dia harapkan itu dapat memahami walau sedikit pun. Itulah dia hati. Hati kecil je tapi ia menyimpan berjuta-juta harapan.

Kadang kita tak mengharapkan semuanya sempurna, semuanya dapat diberikan, tapi kita cuma mengharapkan sesuatu yang benar-benar kita inginkan.
amat mengecewahkan apabila apa yang kita inginkan tidak kesampaian, kita berusaha untuk membuat agar orang tu faham, agar orang tu mengerti tapi benarlah kata orang kalau nak jaga hati orang kita kenalah makan hati sendiri selalu.

tapi sampai bila nak makan hati..sampai hati dah tak bole dimakan dah...??

lyn (^_^)

Friday, September 24, 2010

dilema Assignment....hohoho...

Aduhhh...pas bersuka-suka dengan raya, sekarang kena fokus lak ngan asimen. Wahduh-wahduh..poning...banyak asimen nak kena siapkan lagi, asimen individu pulak tue alahaaaii...lau asimen group o.k sket.

Cakap sal asimen ni kan, semua yang bergelar "pelajar" dlm dunia ni mestinya tak suka wat asimen. kan...haaa jagn tak mengaku hehehe...nak tak nak, kita kena la juga siapkan keja yang diamanahkan kepada kita oleh pensyarah... dan yang paling penting asimen tue ada markah...haaa...demi markah kita kena wat yang da best punyaaaaa....

Tapi, walau kita dah semangat nak wat asimen, lau bahan tak cukup...alahaaaiii...bad mood. Kita punyalah semangat dengan idea yang datang bertalu-talu tapi last-last bahan kurang, tak dapat nak siapkan dah. lagi-lagilah kos mcm saya..SEJARAH....aduhh..bahan dalam bentuk buku ni amat-amatlah penting. kalolah bole amek ja dlm intenet senang la keja kami,,, nii...tak bole..memang haram jadah. yelah...sejarah kan penulisan ilmiah...setiap hujah dan fakta kita tue kena ada bukti...mana bole cakap kosong...tue la relevannya kami kena guna bahan dari buku..huhu...

tapi apapun,,semangat tetap adee...bila lagi nak wat asimen...kan2...time kita masih belajar la ni dapat rasa semua ni...bukan sepanjang hidup pun...ritee..lagipun...wat asimen ni kan..memang mematangkan fikiran lah...buat kita berfikir lebih jauh...huhu..betol..tak tipu..ni berdasarkan pengalaman saya sendiri..seronok wat asimen...cuma mencabar dan memenatkan otak untuk berfikir tue yang jadi malas tue...

apa pun..asimen tetap asimen...tanggungjawab tetap kena wat....CHIAYOK..CHIAYOK...!!!!!

Wednesday, September 22, 2010

raya ohh...raya...

akhirnya selesai juga semua umat islam menyambut hari raya dengan penuh bergembira...
Tahun ni...raya begitu penuh bermakna buat saya...sebab tahun ni sya beraya disamping keluarga.. seronok sangat-sangat raya bersama mamak, bapa, adik-adik dan abang...pastu macik-macik, pacik-pacik pula smua baik huhuhu...sepupu-sepupu pun datang beraya..best..meriah..


ehehe..tahun ni tema baju saya warna hijau...tue pic kat atas tuee...cunmel tak..huahuahua...yang penting warna baju saya sama dengan orang tersayang....hukhuk..

tapi saya raya..raya juga..tak dapat nak beraya sakan bab kena siapkan asimen...yela balik upsi nanti dah kena submit..adoyaaii..Alhamdulillah siap seperti yang dijangka....eheheh...

Tapi kan,,besar-besar sya dah ni pon ada gak yang mau bagi duit raya..ehehe..dapat duit raya...rezeki jangan ditolak...lalalala...tapi apapun raya kali ni memang best....sebab beraya di samping keluarga...walauapapun disamping keluarga memang lah yang terbaik...

Monday, August 30, 2010

Penat LeTih but at da sametime sangat menYeroNokkAn



Sempena menyambut hari kemerdekaan
rexco perpaduan dan integrasi MPP UPSI telah membuat program dan salah satunya adalah
Malaysia Book Of Record (MBR).


MBR ini dibuat berdasarkan kepada surat kabar yang digumpal menggunakan air kemudian d cat...memang agak unikla..dan satu2nya di Malaysia yang wat record baru guna surat kabar
Memang pelajar-pelajar UPSI memberikan kerjasama dan komitmen yang sangat-sangat baik.
MPP sendiri pon turun padang mengecat di panas-panas, hujan-hujan.
Pengalaman ari tue memang sangat-sangat menyeronokkan
masing-masing berlumba-lumba mau menyiapkan logo..huhuhu...best



haa..ni lah hasilnya..
logo satu Malaysia terpanjang yang pena di rekordkan di negara kita.
caya laaaa....tahniah kepada peserta dan AJK pelaksnaa...
mantap dan membanggakan.

1Mahasiswa, 1Universiti, 1Aspirasi


Sunday, August 29, 2010

MoOd BaLik kaMpuNg

Bercakap tentang balik kampung...
time-time nak dekat raya mcm ni semua orang mesti nak balik kg kan..
termasuk saya la juga...hihi
pelajar-pelajar di perantauan mesti da sangat-sangat teruja nak balik raya..


Tak sabar rasanya nak jumpa family kat sabah
nak beraya sama-sama dengan family

tapi,,dalam kita bergembira untuk balik kg jgn pulak kita leka
terutamnya para pemandu-pemandu di jalan raya sana.
pandulah dengan cermat, biar lambat asal selamat..kan..kan..kan..
ingatlah sentiasa orang yang tersayang..family..
sama-sama lah kita berdoa agar perjalanan pulang kita diberkati oleh Allah SWT
serta kita semua selamat sampai ke destinasi masing-masing

ho.ho..hoo.hoo..balik kampung..hohoho balik kampunggg..
ehehehee..

HaPPy BaLik kaMpUng wat SeMua


Sunday, August 22, 2010

DinnEr Wif Menteri SaBah


Cakap pasal dinner,, mesti semua orang suka kan.....hehe
siapa x suka dapat makan free dan banyak weeiii...

Dinner bersama dengan Yb Tan Sri Bernald G. Dompok memang bestla,
ada 101 menu dan sebanyak 24 IPTA dan IPTS yang hadir pada malam tue
bayangkan..fuhhh...sakan habis kami makan malam tue..
banyak juga aktiviti dia..tapi lebih kepasa nyanyian la..bahasa kadazan..satu haram jadah pon x la aku faham..huhu..tapi lagu dia semua bestt..malatopp gituueee...(tred mark c juppuee)

pic kat atas tue..baru berapa jenis makanan kami amek....
itu pon x larat uda kami mau habiskan...buncit perut uda kami di watnya
tapi yang paling best...bubur lambuk diaaaa...
fuhhh...tak pena aku rasa bubur lambuk yang sedap mcm malam tue..
sedap gilaaa..
kalo boleh tapau, mau jak aku tapau..hihi..( bikin maluu )

tapi apa yang pentingg..
sakan kami berpic...hehehe
mcm-mcm pose kami gayakan...kalah artis meehhh...
ramai jg student datang..dapat jumpa kawan-kawan lagi tue..bestnya..
apa pon...best dinner dengan menteri-menteri ni...makanan dia..
fuhh..laa maaakkk..
hahaha...makanan itu pentingg..eceehh..

o.k la..sekian saja..
paiipaiii..semoga ketemu lagi..di cerita akan datangggg...

Thursday, August 19, 2010

MerDeka Ku


merdeka! merdeka!! merdekaaaa!!!!
uiii semangatnya jugaa....huhuhu

semangat anak-anak Malaysia gituuuee....


cepat betol masa berlalu...uuwaahh sudah bulan 8
rasa macam baru-baru ja kita sambut hari kebangsaan ari tue..time tahun 2009.
apa pun,,kita sebagai warganegara Malaysia haruslah rasa bersyukur tinggal di negara yang aman, maklmur dan memang damaiala..(bab tiada perang).
Jadi, sama-sama la kita semua memelihara kemerdekaan ini agar terus dan terus merdeka. Jangan la kita di jajah lagi...aduuhh sedih bah tue bila kita imbas-imbas macm mana kehidupan moyang-moyang kita dulu masa zaman penjajahan lagi-lagi masa penjajahan Jepun (saya tau sebab saya belajar sejarah tauukk)
Kita seharusnya berbangga, walaupun negera kita baru ja merdeka tapi negara kita sudah dapat bersaing dengan negara-negara maju dan membangun yang lain. Terima kasih kepada pemimpin-pemimpin negara yang telah bertungkus lumus untuk memajukan negara kita.
Sama -sama lah kita menghayati tema kemerdekaan tahun ini, kita bebaskan diri kita dari penjajahan minda kita buka minda kita untuk melihat dunia luar yang sudah jauh kedepan daripada kita, kita merdekakan diri kita daripada budaya-budaya yang tidak sihat dan kita bina azam baru dalam diri biar kita jadi warganegara yang dapat memberi sumbangan kepada negara suatu hari nanti jagan negara ja yang memberi sumbangan kepada kita...

SelamaT meNyambUt hArI keMerDekaaN maLaysIa

PerMaTa Hati...



semua orang mesti suka tengok baby kan...?
geram je tengok muka baby yang comel dan tembam..


Tengoklah...comel dan mencuit hati...

wajah baby yang penuh dengan kesucian
wajah yang tiada cacat celah..
di ibaratkan kain putih yang bersih tanpa kotoran

inilah anugerah Allah yang paling bermakna
saat paling bahagia buat isteri-isteri adalah saat menimang cahaya mata


geramnyaaaa......cunmmeel.....


lihat senyuman baby...sejuk je rasa di hati
tapi, apa yang berlaku di negara kita??
isu pembuangan bayi
satu masalah yang amat kritikal...
tidak kesian kah mereka membunuh dan membuang bayi...
tiadakah rasa bersalah, rasa simpati mereka terhadap bayi yang tidak bersalah..
namun...
inilah realitinya..
saban hari kes pembuangan bayi ada saje yang dilaporkan...
bila lah individu-individu yang tidak bertanggungjawab ini sedar..
betapa berdosa besarnya mereka di sisi Allah SWT..
Semoga kita sama-sama dibukakan hati
dan sentiasa dijauhkan daripada perkara-perkara mungkar..
amin....

Monday, August 16, 2010

Aku hAnYalaH HamBah-NYA yaNg HiNa



Assalamualaikum..............

Semakin hari saya dah semakin meningkat usia, semakin hari saya dah semakin matang dan semakin hari saya semakin mulai takut untuk menghadapi kehidupan ku dimasa hadapan yang bakal ku hadapi kelak. Bukan mudah untuk menjadi orang dewasa, banyak tanggungjawab yang mencabar perlu kita tunaikan. Jika saya fikir-fikir,, alang kah baiknya jikalau saya dapat memutarkan kembali waktu, saya nak kembali kepada kehidupan kanak-kanak saya. Saya rasa bebas, gembira, dan saya melakukan apa sahaja tidak akan membuatkan hari orang lain sakit sebab orang lain sentiasa asume "budak-budak tak tau apa"....huhuhu....Saya sedar, saya hanyalah manusia yang lemah, yang punya keburukan, dan bole terjebak dengan dosa-dosa duniadan punya terlalu banyak keburukan. Saya sering tertanya-tanya pada diri saya adakah saya layak untuk masuk ke Syurga, adakah saya akan menjadi penghuni Neraka?? Memikirkan semua ni membuatkan saya rasa takut dan sedar kedudukan saya betapa kecil dan hinanya saya di sisi Allah swt.Mungkin terlalu banyak dosa-dosa yang telah saya lakukan tanpa saya sedari. Apakah saya akan menambah dosa-dosa lagi??? Ya Allah...pimpin la aku ya Allah agar aku menyusuri jalan-MU yang benar. Kita sentiasa tau Setiap manusia yang bergelar hamba Allah SWT itu tidak akan lari daripada melakukan dosa, kita tidak berupaya melawan akal fikiran dan hawa nafsu nafsu kita melainkan kita adalah hamba-hamba yang kukuh imannya. Tapi pada zaman sekarang adakah kita ummat yang beriman seperti ummat-ummat terdahulu, sudah tentu jauh sekali TIDAK. Lihatlah kehidupan kita sekarang, hayati nilai-nilai yang ada dalam diri kita, semua itu tidak mampu menandingi apa yang ada pada ummat terdahulu. Kita juga tahu kelemahan terbesar manusia, manusia sanggup tunduk kepada nafsunya sendiri sehinggakan tiada lagi perasaan takut terhadap yang Maha Pencipta. Saya sedih, rasa hina dan malu bila memikirkan kejahilan-kejahilan yang manusia. Adakah saya juga tergolong dalam manusia jahil ini?? Hanya Allah SWT dan diri saya yang mengetahuinya. Semoga Allah akan sentiasa mengampunkan dosa-dosa ku dan sekalian muslimin di dunia dan membimbing kita ke arah jalan yang benar untuk kita menuju ke padan-NYA. Amin...........

Sekian sahaja luahan isi hatiku...



Wednesday, August 11, 2010

kElebiHan BerSaHur







Hadis Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Hendaklah kamu bersahur kerana di dalam bersahur itu ada keberkatannya.

"عن ‏ ‏زيد بن ثابت ‏ ‏رضي الله عنه ‏ ‏قال ‏ ‏تسحرنا مع رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏ثم قمنا إلى الصلاة قلت كم كان قدر ما بينهما قال خمسين آية"

Hadis Zaid bin Thabit r.a katanya: Kami pernah bersahur bersama Rasulullah s.a.w. Setelah itu kami pun mendirikan sembahyang Subuh. Kemudian aku bertanya: Berapakah selang waktu di antara keduanya? Baginda menjawab: Kira-kira bacaan lima puluh ayat .

Bersahur hukumnya sunat. Walaupun sunat tetapi sangat besar manfaatnya.
1)Manfaat untuk diri sendiri. Mendapat tenaga untuk berpuasa.
2) Mendapat pahala dengan percuma kerana ia adalah sunat dan sunnah Nabi s.a.w.

Jadi rugilah mereka yang meninggalkan sahur.Ia juga salah satu amalan Nabi s.a.w.Mendapat pahala menghidupkan sunnah Nabi s.a.w. Dan waktu sahur ialah waktu yang penuh keberkatan. Puasa akan menjadi mudah. Tidak terlewat lagi bagi mereka yang berniat untuk bersahur.

Marhaban Ya Ramadhan

Assalamualaikum.......

Bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia bagi yang beragama islam. Bulan ini bukan sahaja sebagai satu bulan yang menyuruh kita untuk menahan lapar namun kita juga diseru agar menahan diri daripada melakukan perkara-perkara larangan. Menahan lapar sahaja tidak mencukupi sebagai satu ibadah puasa namun kita juga harus menahan nafus kita ianya harus disertakan dengan mensucikan diri kita daripada dosa-dosa, beribadah dan sentiasa mendekatkan diri kepada yang Maha Pencipta. Sesungguhnya Rasullullah SAW bersabda :
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan.". Oleh itu, setiap apa yang kita lakukan samada kearah kebaikan mahupun ke arah keburukan akan sentiasa mendapat balasan. Berbuat baik akan dibalas pahala dan berbuat jahat akan dibalas dosa. Manusia zaman kini kian lalai dalam mengerjakan ibadah puasa, ramai yang telah menyalahertikan erti puasa. Bagi mereka puasa itu adalah menahan lapar tapi bukan untuk menahan nafsu kejahatan. Jadi tidak heranlah mengapa kita pada hari ini tidak mampu menyempurnakan ibadah puasa itu sebaik-baik umat yang terdahulu. Kita berpuasa makan namun kita tidak menjaga tingkah laku, menjaga mulut, menjaga mata, menjaga telinga dan menjaga hati orang lain. Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu.". Oleh itu marilah kita sama-sama mendirikan amal, menjauhi kemungkaran dan melawan nafsu dan mendekati kebaikan. Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri

sendiri.

Wednesday, February 17, 2010



30 Larangan Kepada Wanita:

1. Menyambung rambut palsu
2. Bertatu, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi
3. Keluar rumah dengan memakai minyak wangi
4. Memperlihatkan perhiasan(bersolek) di depan lelaki lain
5. Menolak panggilan suami untuk tidur bersama
6. Membuka rahsia hubungan suami isteri
7. Berpuasa sunat tanpa izin suami
8. Membelanjakan harta suami, tanpa izin suami
9. Derhaka kepada suami
10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas
11. Mengingkari kebaikan suami
12. Bersama lelaki lain yang bukan mahram
13. Memandang lelaki yang bukan mahramnya
14. Bersalaman dengan lelaki bukan mahram
15. Menyerupai lelaki
16. Membuka rahsia wanita lain kepada suami
17. Memandang aurat wanita lain
18. Keluar rumah tanpa ada keperluan
19. Masuk permandian awam
20. Mencakar-cakar tubuh ketika dapat musibah
21. Meratapi kematian
22. Berhias atas meninggalnya seorang
23. Menghantar jenazah
24. Mempercayai bomoh, dukun dan peramal
25. Menyumpah anak-anak sendiri
26. Tidak bertegur sapa dengan sesama muslim
27. Menganiaya pembantu
28. Mengganggu jiran
29. Minta cerai kerana suami sakit
30. Minta cerai kerana suami menikah lagi



Bersama-sama kita hayati 22 tanda hari Kiamat semakin hampir

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui internet, iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Wallahualam,, oleh itu percukupkanlah bekalan kita agar kita sedia bertemu-Nya kelak.

Saturday, February 13, 2010

Fitrah Bercinta



Setiap individu masing-masing mempunyai pengalaman bercinta yang tersendiri. Terlalu banyak ragam dan suasana yang akan kita alami di alam percintaan. Cinta menyatukan dua hati yang terpisah, dua insan yang saling tidak mengenali dan silaturrahim yang tidak pernah terjalin. Menyayangi itu sesuatu yang mudah tetapi mencintai bukan semua insan dapat lakukannya. Dua benda yang berbeza tetapi bila disatukan menjadi pengingat kasih sayang yang abadi. Cinta adalah saling memberi dan saling menerima diantara satu dengan yang lain, saling percaya dan saling memahami menjadi jambatan pengukuh ikatan yang terjalin. Mengenalinya berdasarkan keburukannya itulah satu cabaran yang membuat kita menjadi lebih matang dalam melakukan penilaian dan itu jugalah yang menerbitkan kejujuran seorang kekasih kepada pasangannya. Kenapa harus ungkapkan cinta seandainya kita sendiri tidak yakin akan perasaan itu, kenapa harus takut untuk lebih kehadapan sedangkan masa itu tidak berundur kebelakang.

Andai ikatan ini berakhir, andai cinta ini terhenti dan andai aku tidak lagi hadir itu bukan bermakna aku tidak lagi mencintaimu, karna satu yang pasti aku tidak dapat menipu hati dan diriku akan perasaanku terhadapmu. Begitu menyakitkan tapi satu realiti yang terpaksa kita terima.

Jom Mengenali Wanita

Ayuh kita renung-renungkan sebagai pengetahuan kepada kita wanita bakal bergelar Isteri suatu masa nanti...:


1. Perempuan yang seperti tabiat babi itu ialah perempuan yang tiada berbuat baik melainkan
makan minum memenuhkan perutnya dan memecahkan bejana jua, dan kemana ia pergi
tiada ia mencita-cita agamanya seperti sembahyang dan berpuasa dan kepada segala amal
yang kebajikan tetapi adalah ia tekal melanggar segala isi rumahnya.

2. Perempuan yang seperti tabiat kera pula ianya gemar memakai kain yang berwarna merah
dan hijau dan kuning dan tiada ia mahu memakai emas dan perak serta bermegahkan
dirinya dan membesar-besarkan dirinya terhadap suaminya.

3. Perempuan yang seperti tabiat anjing ialah perempuan yang ketika berkata-kata suaminya
dipalingkan mukanya; dibantah-bantah kata-kata suaminya serta sering mengherdik
suaminya. Apabila ada harta suaminya maka dikasihi suaminya tetapi tatkala tiada harta
pada suaminya maka maka bencilah ia serta dicercanya dan dinyahkan dari rumahnya dan
lagi tiadalah ia mahu diam daripada menista-nista suaminya.

4. Perempuan yang seperti tabiat baghal pula ialah apabila bertemu ia dengan sesuatu yang
ditakutinya dipalu sekalipun tiada mahu ia berjalan melainkan berkenderaan jua, dan
adalah berbeka-beka dirinya serta mengindahkan dirinya sahaja.

5. Perempuan seperti tabiat ular ialah iaitu menaruh dendam dan apabila mendengar kata-
kata jahat orang terhadap suaminya atau dirinya jadi berkelahilah dia dengan orang-orang
itu.

6. Perempuan seperti tabiat kala pula iaitu sentiasa berkeliling kepada rumah-rumah jiran
sekampungnya serta mengadu-ngadu dan mengumpat-ngumpat serta berbantah-bantah ia
dengan mereka itu seperti kelakuan kala disengatnya barang yang bertemu dengan dia dan
tiadalah ia takut akan bahaya akhirat seperti sabda nabi s.a.w. ertinta "yang fitnah itu
tiada masuk syurga".

7. Perempuan yang sepertri tabiat tikus itu iaitu mencuri harta suaminya lagi berculas dirinya
daripada suaminya.

8. Perempuan seperti tabiat unggas itu iaitu sentiasa ia bertandang tiada sesaat pun istirehat
dan apabila suaminya datang maka katanya darimana engkau tiada engkau kasih akan
daku dan engkau kasih orang lain.

9. Perempuan seperti tabiat serigala pula iatu apabila ada suaminya di dalam rumah maka
pura-pura ia menidurkan dirinya apabila datang maka dimulainya perbantahan seperti
katanya bahawaku seorang diriku dirumah serta sakitku engkau pergi bermain-main.

10. Perempuan seperti tabiat kambing itu iaitu adalah kepadanya beberapa manfaat dan ialah
perempuan yang salih lagi mengasihi akan suaminya dan anak-anaknya dan segala orang
kampungnya dan segala keluarganya dan ialah yang berbuat kebaktian akan Allah s.w.t.

Ini sekadar perkongsian bersama...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...