Tuesday, November 4, 2014

Nasihat Untuk Si Bakal Isteri


Assalamualaikum kawan-kawan yang saya hormati dan kasihi...baiklah Entry saya kali ini berkaitan tentang satu perkongsian Sebuah Nasihat yang pada saya ianya amat berguna kepada kita semua...haaaaa especially to those a wife-to-be...

Nasihat apakah itu?? Saya mau cerita la ni,, di Sekolah saya ada seorang Ustaz ni memang baik orangnya. Saya pun tak sangka la kan hari tue dengan tiba-tibanya dia Tanya saya "cikgu kawin bila tu?". Dengan malu-malu kucing la konon saya pun memberi lah tahu...bla blaaa blaaaa... then ustaz tue cakap, cikgu Perkahwinan itu adalah satu proses kita menyempurnakan agama kita. Bukan mudah cikgu alam perkahwinan banyak liku-liku yang akan kita tempuhi. Sudah sedia kah cikgu ?? Saya pon dengan tersengih2 jawab....InsyaAllah Ustaz..dalam proses mempersediakan diri...

Ustaz ni sangat baik,, kenapa saya cakap macam tue dia sanggup ambil berapa minit untuk berbual dengan saya hanya semata2 dia menyampaikan sebuah nasihat kepada saya. Haaa mau tau apa nasihat beliau...?? Ini diaaa

BILA KITA KAHWIN

kata ustaz tue bila kita kahwin kita kena terima 4 perkara dalam kehidupan kita. Iaitu :

1.  Tidak mengharapkan Kesempurnaan
Katanya, kunci kebahagian dalam rumah tangga yang paling penting saat kita diijab kabul kita harus meletakkan bahawa Suami kita bukan sempurna. Haa biasalah kan kita wanita ini beranggapan yang bakal suami kita itu itu dan ini. Tapi dalam lumrah kehidupan berumahtangga suami yang kita impikan bukanlah sama seperti suami yang kita bayangkan selama ini. Almaklumlah kita perempuan ni mengharapkan bakal suami kita se seweet jejaka korea dalam watak drama korea kan kannn hihi.

2.  Jaga Makan, Minum dan Pakaian Suami
Haaaa katanya lagi, sangat penting sebagai seorang isteri kita menjaga tiga benda ini. Jangan malas-malas ke dapur katanya. Rajin-rajinkan diri buat air panas untuk suami supaya suami tambah sayang...tak gitue hehe. Tapi yang paling penting, masa kita duk buatkan makanan dan minuman buat suami kita katanya sambil-sambil tue kita kenalah baca-baca doa...doakan yang baik-baik utk suami kita. Baca selawat pon boleh juga...haaa para isteri amalkan yaaa...

3.  Harus Pandai Kawal dan Turunkan Ego Suami
Aikk macam mana tue?? Katanya semua suami di seluruh dunia mempunyai ego yang sangat tinggi. Bukan namanya lelaki kalau tak ego kannn. Jadinya kata Ustaz tue sebagai isteri kita kena bijak dalam menangani ego suami kita. Yang paling penting isteri jangan ikut nak ego juga macam suami. Caranya berbeza...soooo isteri2 take yur time mengenali para suami andaaa...hehehe...

4.  Jangan Menolak Poligami
Ehhh kenapa macam tue Ustaz?? Mana bolehhhh tak bolehh tak boleeeeeyyhhh.. kata saya dalam hati laahh hihi. Katanya, jangan sesekali kita menolak poligami. Kerana dalam Islam Berpoligami itu bukan Haram tapi diharuskan bagi suami2 yang berkemampuan. Tapi ada caranya supaya kita menghindar dari poligami katanya. Macam mana tue ?? Caranya kita selalu mendoakan agar suami kita dihindarkan daripada berpoligami dengan alasan dia tidak berkemampuan. Ingat "senjata orang islam yang paling tajam adalah DOANYA"... Sooo bersama-sama kita amalkan yaaa...

Alhamdulillah nasihat yang bermanfaat ini saya kongsikan bersama warga pembaca. Jarang-jarang tauuuu orang bagi nasihat free hehe. Semoga sedikit ilmu ini membantu para isteri dan bakal-bakal isteri diluar sana... 


 photo http---signaturesmylivesignaturecom-54492-233-7F22522347D0DA79A6199530F76391FC_zps7fe83902.png

Saturday, October 18, 2014

Awak Cinta Saya Tak ??

Hai Readers yang dikasihi..bertemu lagi kita kan. Haa Entry saya kali ini ada tentang sebuah persoalan yang amat amat popular dalam kalangan gadis gadis yang punya pacar ( macam minah Indon hihi ).

Awak Cinta Saya Tak ?? Well well.. mengaku atau tidak cewek cewek di luar sana pertanyaan ini mesti selalu kita persoalan pada cowok cowok kita kan. Jangan nak tipu lah.. confrim punyaaa hehe... Baik lah, di sini ada beberapa pandangan daripada saya macam mana kita nak tahu kalau Lelaki itu memang Sayang dan Cinta pada Kita... pandangan saja Tauuuu...kalau tak betul jangan marah saya hihi .

Yang Pertama :: Rajin Hubungi Kita
Dalam percintaan logik tak pasangan itu jarang berhubung ?? Tak logik kannnn.. kalau dah namanya bercinta mestilah saling merindu bila dan rindu mestilah nak kena Jumpa, SMS dan Call pasangan. Haaaa dengannya wanita lagi ne memang di anugerahi perasaan yang kalau boleh naknya 24jam berhubung dengan kekasi hati (kalau jauh lah) dan kalau yang dekat pulaknya mesti nak kena jumpa selalu. Dah ituu normal... kalau lelaki itu jarang nak call ka SMS ka asal ajak jumpa macam alasan itu tandanya dia belum pon mencintai kita sepenuhnya. Sebab itu salah satu komitmen dalam bercinta. 

Yang Kedua :: Tidak Pernah Bosan
Penyakit bosan adalah virus yang sangat bahaya dalam ikatan Cinta. Memang manusia fitrahnya muda bosan..bo booosan..tapiii haa ada tapinya kalau lelaki itu sayang kita dia tak akan tidak akan menunjukkan Kebosananya pada kita. Ehh camna tue?? Contohnyaa, bila kita SMS dia tetap mantain balas. Lepas tue borak lah pasal apapun dia tetap menunjukkan minat dan taip sms panjang bukan sekerat kerat. Macamm "oke", "yaka", "hehe" urmmm nak berborak pun kita jadinya takda mood. Sama juga kalau On Call. Bila kita call dia akan angkat dan berborak like a bestfriend. Kalau dia tak dapat angkat dia akan beritahu kemudian apa sebab tak angkat bukannya buat dekkkkk jee. Maksudnya walau dah lama mana pun hubungan itu keakraban semasa berhubung itu sama sepertinya mula2 bercinta dulu. Am i right ??? 

Yang KeTiga :: Sedia Jumpa Ibubapa
Haaa ini yang paling amat penting !! Bagi saya, saya tak akan anggap lelaki itu serius jikalau dia tak berani menghadap orang tua. Mungkin seawal pergubungan tue tak la tapi kalau hubungan dah melepas tempoh dua Tahun maka perempuan ayuh ajak dia berkenalan dengan Mak dan Bapak kita hehe. Cepat atau lambat si Dia pasti akan jumpa orang tua kita dan itulah tandanya si dia memang cinta dan serius dalam hubungan. Mak saya pun ada cakap "lelaki yang serius sama kita adalah lelaki yang berani jumpa ibubapa perempuan". Binggoo !! 

Oke... itu sahaja sedikit tips dan pandangan daripada saya yang tidak arif ini heheh. Apapun dalam perhubungan itu Kepercayaan dan Komitmen amat penting. BERCINTA itu ada proses Give and Take. Kalau satu pihak sahaja yang give... makanya hubungan itu tidak akan berjalan dengan baik. Jadi kedua pihak harus saling memberi dan berusaha memperkukuh hubungan yang terjalin.

Oke... sekian dan terima kasih.. Selamat Membaca.. (^_^)


 photo http---signaturesmylivesignaturecom-54492-233-7F22522347D0DA79A6199530F76391FC_zps7fe83902.png

Friday, October 17, 2014

Saya Dah Jadi Tunang Awak.. !!


Assalam kawan-kawan... terima kasih terima kasih sudi membaca Enty saya.. Hari ini saya nak berkongsi Cerita Bahagia Saya.. (malu lah pulop hihi )

Nak tahu tak... saya dan Jadi Tunang orang !!! ALLAH bersyukut sangat. Walaupun bertunang itu bukanlah green light menghalalkan hubungan namun bagi saya ianya satu kemajuan. ONE step Closer gituu orang bilang.. 



Mungkin setiap dari kita ada kisah cinta tersendiri dan kesan cinta saya... Hanya untuk saya hihi. Alhamdulillah nikmat sebagai Tunang itu lebih indah berbanding sebagai kekasih. Haaa kenapa saya kata macam tue, Bila dan jadi Tunang ne banyak kelebihan. Pertama saya dah bebas pergi rumah dan kampung Tunang saya.. dulu tak boleh dia tak kasih. Lepas tue nak dating pon tak paya dah sorok-sorok dan dating kat Rumah saja... best tak...?? Mestilah best !!

Tapi kita sebagai wanita kena sentiasa ingat batas-batas wLaupun dan Sah Sebagai Tunang. Not yet Pegang-pegang dekat-dekat oke.. Orang kata tempoh bertunang itu adalah Tempoh untuk kita mengenali pasangan kita. Soo gunakan lah ia sebaik yang mungkin...

ak
SAYA SAYANG AWAK ENCIK TUNANG SAYA ♡♡♡♡♡

 photo http---signaturesmylivesignaturecom-54492-233-7F22522347D0DA79A6199530F76391FC_zps7fe83902.png

SaveTheDate

 photo http---signaturesmylivesignaturecom-54492-233-7F22522347D0DA79A6199530F76391FC_zps7fe83902.png

Assalammualaikum gadis-gadis dan teruna-teruna Malaysia (^_^)

Alhamdulillah setelah sekian lama jari comel ini tidak menulis any Entry ( dah bertahun kottt tak tulis hihi ) maka hari ini saya akan menulis !! HoooYeahh !!

Baiklah topiknya hari ini agak santai.. berbicara tentang Hati dan Perasaan ceewahhh macam pakar motivasi pulaknya =P. Alhamdulillah Cinta yang disemai bertahun bersama insan pilihan hati InsyaAllah bakal sampai ke Penghujungnya. Oppssss bukan hujung means Tamat tauuuu... Cerita cintaku masih bersambung tapi.. bersambung membuka lembaran Baru. Baru macam mana tue ?? Hehe jenggg jengggggg 



SAVE THE DATE...  haaaa ini dia yg saya maksudkan. ALHAMDULILLAH sayaaaaa amat bersyukur ke Hadrat Ilahi kerana tak lama lagi saya bakal menjadi ISTERI....!! wahhhhhh teruja sangat haaaa (opsss terlajak larissss ). Bila tue ? Biar lah rahsiaa hehe. Semua wanita akan menanti dan mengimpikan agar lelaki pilihan hatinya mengajak atau melamar untuk membina Mahligai RumahTangga..kan kannn.. dan untuk cerita saya... saya dahhh di lamarrrrr seronoknyaaaa... hihi

Apa perasaan saya ?? Well well.. sangat teruja. Urmm Gementar dan takut. Kita semua tahu kan Alam rumah tangga itu besar tanggungjawabnya. Haaaa mananya saya tak nervessss. Tapi InsyaAllah jika niat kita tulus Allah akan permudahkan semuanya. Haaa muka Bakal Imam saya ?? Hihihi Biar lah rahsiaaaa... InsyaAllah dah Ijab Kabul nanti saya buat Entry dan muat naik gambar dia yaa... 

Dan nasihat saya pada adik-adik kat luar sana..... kalau dah suka seseorang Kena lah pandai Jaga diri okeee... hihihi


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...