Sunday, October 31, 2010

WaNita iTu mCm iNi

Assalamualaikum dan Selamat pagi buat kawan-kawan,,

hmm,,bangun ja pagi ni saya trus buka FB dan Blog,,dlm saya duk tengk-tengok tue tetiba pulak saya dapat satu topik yang saya nak share kat Blog saya yg comel loteh ini...ehemm..(^_^)

Saya tau, ramai lelaki kat luar sana ambil mudah soal perasaan wanita kan. Haa jgn nak nafikan. Lelaki dlm fikiran mereka mesti anggap wanita ni hati lembut, cepat terasa, sikit2 nak merajuk ntah ape2 lagi la dorang fikir. Tapi hakikatnya.....tak semudah tue tauuu...haa..jgn pandang rendah dengan perempuan.

Selalunya bila sorang kami ni pompuan mengatakan yg kami sedang bersedih,tetapi tidak menitiskan airmata..haaaa...itu bermakna kami sedang menangis di dalam hatiii...sedihkan...takda sapa yg faham...(T_T)

Then, bila kmi tak hiraukan kamu lelaki selepas kamu sakitkan hati kami....itu tandanya dia nak diberi masa untuk menenangkan hatinya sebelum kamu tegur or minta maaf. Kang cakap2 tak pasal2 kena leter...haaa..padam muka.

Lepas tu kan...kami payah sgt nak cari benda yg dibenci..memang bencilaaaa tntg org yg kami syg (ehemm) sooo, no wonder la kan bila ja hubungn tue putus di tengah jalan memang patah hati kaw2 laaa....lau nak bunuh dri pon sanggup...eheheh..(melebih pulak....)

Bila kami dah jatuh cinta dengan kamu lelaki, fuhhhh..walau apa jua di manajua..kamu tetap dihati dan hnya kamu la yg difikirkan walaupon kami sedang kuar dngn lelaki lain. Kan,,,betapa kuatkan cinta kami..

Tapi, bila kamu yg kami suka, cinta , syg dan sama waktu dngnnya tenung tajam ke dlm mata kmi ( ishh jgn cucuk sudahla),,alahaiiii cair mcm coklat la alamtnya diri kmi ni....malu..maluuuu..

Alaa...kmi memang suka dipuji..betoll...tapi tue laa..kami tak tau lak mcm na nak terima pujian tue..sebb tue kami selalu akan tolak pujian..haaa..Tak minta Puji kan?? ehehe

Kami jg suka meluahkan apa yg kami rasa dlm hati ini dngn cara, dngar muzir, puisi, lukisan dan tulisan (diari la..)..semuanya akan terluah kat situ tauuu

Jangan..Jangannnn sesekali kata kmi ni tak langsung tak guna. Ciss..jgn cabar kewibawaan kmi...uhh..silap ari bulan kan kmu pulak yg datang merayuuuuu.....NO WAY...O.K..

Haa..kamu lelaki jangan laaaa pulak bersikap tersngt2 la seriuss..adooyaiiii..mati tauu mood kmi..eeeiihh..tak suka laa..cuba wat lawak2 ka sket..baru happy...rite..

Sekuntum senyuman dari kamu memberi seribu erti bagi wanita tauuuu. Jadiiii jangan senyum sebarangan!!!!.

Haa..nie penting,, Bila kmi memberi juta2 alasan setiap kali kmu lelaki ajak kmi keluar,,tinggalkan laaaa...itu tandanyaa kami tak berminat dengan kamuuu...fahammmm..malas nak layan...uhh

Tapi,,, jika kami menghubungi ataupun menunggu2 panggilan org msg dari kamu thats mean kmu kena teruskan usaha memikat..Tau sebab apa? ada Green Light la tueeee...eeiihh..

Ini penting..!!Jangan sesekali mengagak apa yang kami rasa. Tanya kami sendiri!!..kang tersalah teka padam muka..

Hehehe...Biasanya kan,,Selepas kami jatuh cinta kan, kami akan sering tertanya-tanya tauu kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.??? hmmm...kenapa..kenapaa....

Kamu kan lelaki,,, ni nak cakap sket... Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati kami nii, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta...tak kan itupon malas koott..eeihh...

Walauponnn Bekas teman lelaki kadang akan muncul2 di fikiran kami,, tetapi lelaki yang kami cintai kini akan sentiasa berada dihati yang amat2 teratas sekali...

Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan hari kami tauu...inikan pulak ucapan " I love U"...tak tau apa nak jadi pada dunia.....eheh..ada hati dalam taman..org kata..

Tau tak?? Kami paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik......menyampahhhh...mcm la kecantikan tue kekal...eeuuwww...

Bagi kami,,Cinta itu bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi...itula nilai sebuah cinta yang kami harap2kan..simple ja kan..kan2...dan kami mahukan sorang lelaki yang cintakan kami sepenuh hati..InsyaAllah...cinta itukan dibalas dengan kesetiaan berlipat kali ganda

Senjata wanita adalah airmata!!!! betol ke??? huhu..betol la kott....korang lelaki jgn sesekali buat kami menangiss..

Kalau nak tahu kan..kami suka sangat2 jika sesekali orang yang kami syg dan cinta tue mengadakan surprise (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Kami akan rasa terharu dan merasakan bahawa diri kami ini dicintai setulus hati. Dengan ini! kami mesti tak akan ragu-ragu terhadap kamu lagi..Kompommmm..!!!

Satu Rahsia wat lelaki yg still single...ehehe...kami kan pompuan ni memang mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang kami dan baik juga terhadap kami. So,,,,kalau nak memikat kami pandai-pandailah….....

Tapi apa yang penting sebenarnya,,lelaki mudah mengambil hati wanita kerana apa yang kami mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa...itula diaa..takde lain punya..harta tuee...ade jg la kot yg mata duitan..(tue wanita tak reti malu namnya..)

Ootaittlaa...selesai sdh..haaa..lelaki2 kat luar sna dah tau kan..wanita tue mcm manaa...takde la rumit sangat nak faham isi hati kami ni..yang penting kamu lelaki pandai dan berusaha untuk memahani diri kami seadanya. Yang penting jg, Jangan cintai kami kerana luaran semata2 (cantik..koott) tapi cintai hati budi kami..barula kamu lelaki dapat cinta tulen dari kamii..lau just nak tengok muka jee..hmmm..alamatnyaaa..habis la duit korangggg..Padan Muka !!!

Wednesday, October 27, 2010

Bila Tiba proses ADD Drop Kursus...

Mlm ni..dengan penuh gementarnya saya dan kawan-kawan satu rumah
menanti tepat pukul 12.00 malam semata-mata mau add kursus...fuuhhh,,
semangat tue yang penting.
Semangat ke?? hehe...nak rebut sebenarnya takut kouta penuh.

tapi,,last2 kekecewaan juga yang kami dapat tau..
Buka ja Upsi Portal aduhh..langsung tak dapat masuk Myupsi..
sabar-sabar...hari esok ada lagi kan...
cuba nasib lak esok.

esok...aku dengan ini berjanji akan bangun awal...hoho..
kena berjuang untuk add kursus...
tomorrow will be the Survival of the fetus....
power ayat....ehehe...

Apapun..tak lama lagi semester 5 akan berlalu dan
bermulanya kehidupan semester 6..
Semoga semuanya baik-baik saja untuk tahun hadapan
Amin....

Tuesday, October 26, 2010

If I......

ptg-ptg nie saya ade terbaca satu dialog sweetlawak yang bagi saya sangt-sangt comel....jom sama-sama baca..

girl : If i feel bored, wat should i do honey??
boy : call me!
girl : If i feel sad?
boy : think of me!
girl : if i feel lonely?
boy : meet me!
girl : if i feel sleepy?
boy : dream of me!
girl : if i feel hurted?
boy : remember me!
girl : wat if i feel hungry??????
boy : REBUS MEEE !!!!!

hahaha....they are so sweet...(^_^)
ending dia funny.....i like..


KebenaRan Yang BenaR

Benar??
benar-benar..
aduhhh...memang benar

nape ek...?
susah sangat ke...
payah sangat ke...
hmmm...atau memang tak boleh wat kot...

pening-pening....
aduuhh...
satu je harapan...
harapan nusa dan bangsa

Ohh ibu...
doakan anak mu ni..
Ohh ayah..
ku mohon keberkatanmu..

papun...semuanya harus diteruskan
wat yang terbaik...tak leh main-main..
main-main kang terbabas masuk longkang
semoga berjaya menghadapi Exam...(^_^)

ini bukan sajak yee...saje je tulis2 nak ilangkan tension

Sunday, October 24, 2010

IngAtlaH InsAn TeRsaYang

Assalamualaikum...kawan-kawan (^_^)

hari ni bersamaan 25 Oktober 2010 saya ingin berkongsi satu maklumat yang sangat-sangat penting tau. Tapi, sebelum tue saya nak bagi tau yang pesanan nie khas saya tujukan wat dua insan yang amat penting dalam hidp saya...eceehh..ehehe. Firstly saya nak tujukan wat my beloved Father at Sabah and satu lagi for my Special one i called him "Kulluk"....


TAK NAK ROKOK !!!!

my dear Daddy and Kulluk,,
saya tau benda ni bukan senang nak diubah tapi tak mustahil jg akan berubah rite. takpe lah, let me stret to da point ja saya nak Daddy and Mr Kulluk berhenti dari merokok. Saya selalu nampak iklan yang memang menakutkan tntg rokok tau bila tengok iklan tue mesti akan ingat Daddy and Mr Kulluk. Takutnyeee.....klo la tabiat merokok tue mcm nak salin baju je kan...senang main pakai buang jee. Tapi saya tau, bukan mudah nak berhenti dlm waktu yg singkat kan..but keep on trying. Bahaya tau merokok..betul...tak tipu. Ha mari saya kongsi satu kebenaran. Semalam saya ade baca kat paper satu artikel tentng kesan-kesan merokok. Jom-jom....kita baca sama-sama.

Dalam paper tue dia kate:

pertama merokok mempercepatkan kemerosotan mental sebnyak 5 kali lebih cepat jika dibandingkan dengan orang yang tidak merokok. Haaaa....kan...bahaya tue. Sebab tue lebih baik berhenti or kurangkan merokok sebab nanti cepat nyanyuk..taukan nyanyuk tue mcm mana. Sian kat orang tersayang tau...mereka mesti tak nak korang jadi mcm tue...

kedua, dia kate lagi merokok meningkatkan risiko mendapat penyakit lupus. (uh? pe tue??) kalo nak tau penyakit lupus tue adalah penyakit autonium ataupun dalam BM kecelaruan sistem Imun (wah mcm doktor la pulak). pastue, dia kata lagi boleh menyebabkan keradangan, kesakitan, dan kerosakan tisu seluruh badan tuh. Bahayanyeee...saya doakan Daddy and Mr Kulluk dapat berhenti and kurangkan merokok ye...amin......(^_^)

My Beloved Daddy and Mr Kulluk,
yang ketiga pulak, merokok akan membuat kita kelihatan cepat tua...euuwww...mesti tak nak nampk tua kan...kan2. Haaa...jadi?? fikir-fikirkan lah...demi kebaikan sendiri dan pemandangan orang lain...ehehehe..(supaya sentiasa dipandang muda).

keempat,,gigi dan gusi rosak. sian tauu Allah dah bagi gigi dan gusi yang cantik-cantik tapi kita pulak tak hargai. lau dan rosak mana bole baiki lagi..betol tak? Nanti lau tak berhenti merokok kan akan dapat penyakit gusi, nafas berbau, dan lain-lain lagi lah. Isshh merokok ni memang tak da kebaikan kan2....hurmmm..pastuekan, dia kate kuku, kulit akan rosak. nnti kuku jadi warna kuning. kang tak pasal-pasal mcm pakai pewarna kuku...ehehe...

then da last one, kedutan tepi mata. sebenarnya lambat laun kita semua akan dapat kedutan gak..tapi lambat dan cepat je perbezaannya. lau merokok akan dapat kedutan tepi mata awal..haa kan nnti nampak tak enceemm daa..huhu...

Orait....itu je yang saya nak kongsi. Harap Daddy and Mr Kulluk fikir-fikir ya pesanan saya ni. Tak tipo...bukan wat cerita, tapi semua ni doktor yang ckp..saya just sampaikan ja. Tapi saya akan doa biar hati mereka akan terbuka and step by step akan berhenti merokok..AMIN..........

o.k lah, saya minta diri dulu....
sebelum tue saya minta maaf ye Daddy and Mr Kulluk,,and kwn-kwn yang baca post nie jga harap2 akan dapat pengajaran dan sama-samalah kita jaga diri demi orang yang tersayang (^_^)



wAniTa : MangSa Tipu Daya LelaKi

Assalamualaikum....dan selamat petang semua (^_^)

pada petang yang mulia ini terdetik rasanya hati ini untuk menulis tentang satu isu yang memang agak-agak panas la juga. Hmm...menyentuh tentang bab-bab tipu daya ni kan mesti kita akan fikir yang memperdaya itu lelaki dan yang terpedaya itu pula adalah wanita. Rite?? Sana sini memang kita dah selalu dengan masalah ni...dan memang amat menyedihkan la kenapa perkara seperti ini berlaku..yang kesiannya adalah wanita tue sendiri sehingga tertipu oleh lelaki Durjana (maaf jika kasar). Saya sering tertanya-tanya kenapa semua ini boleh berlaku? adakah disebabkan wanita itu sendiri yang mudah tertipu dengan kata-kata manis lelaki?....hmmmm...ntahla...

Kenapa lelaki sering menjadikan wanita itu sebagai mangsa kejahatan mereka? bukan kah wanita itu sepatutnya dilindungi, dijaga dan dihormati. kemajuan yang kita capai pada hari ini sebenarnya telah membawa kita kepada kehidupan yang lebih jahil. Semakin kita maju semakin kita jauh kebelakang. Yela..tengok la kat berita, seringkali ada laporan wanita-wanita yang ditipu lelaki. haa..lagi lagi kini penggunaan laman sosial seperti Facebook, Frinster, Twitter, Myspace dan lain-lain yang menjadi medium untuk kepada semua berhubung merentas negara dan sempadan.

Memang ramai wanita-wanita diluar sana yang tertipu dengan kenalan-kenalan alam maya tau...benda nie fakta dan benar. Laman sosial dijadikan medan mencari kenalan, cari couple dan istri pon ade...hohoho...walaupun sebenarnya ade baiknya juga laman-laman sosial ini tapi yang paling menyedihkan adalah apabila ada segolongan anasir-anasir jahat yang mencari mangsa mereka menggunakan laman sosial. Euww...jahat betol kan...bila la mereka ni insaf kejalan yang benar.

Tapi, cinta alam maya melalui laman sosial ni ade juga yang dijalan dengan keikhlasan. Saya tau ramai kawan-kawab kat luar sana yang bertemu jodoh kat laman-laman sosial malah ade yang kawin tau. Itu sebab meraka jujur untuk berkenalan, bukan macam sesetengah individu yang jahat dan tidak berhati perut.

Satu je pesanan saya kat sini buat kawan-kawan kat luar sana,
sebagai wanita kita seharusnya tidak mudah percaya dengan lelaki, kita haruslah ada sedikit curiga dengan erti kata lain jangan berikan 100% kepercayaan kepada lelaki tak kira suami, tunang ataupun kekasih. itu tidak bermakna kita tidak menyayangi mereka, tapi itu adalah langkah berjaga-jaga wat kaum wanita apa kate orang " sediakan payung sebelum hujan" kan...
Andai lelaki itu benar-benar sayang dan cinta kita, sudah tentu dia akan menerima kita apa adanya, dan berusaha untuk menambat hati kita. Jangan la kita terlebih mencintai dan menyayangi mereka kerna kelak kita juga yang akan merana sekiranya ditinggalkan.

Semoga kaum-kaum adam kat luar sana akan mendapat hidayah dari Allah dan layak menjadi seorang ketua keluarga kelak. Amin....................(^_^)

Friday, October 1, 2010

Gila-Gila...

semua orang mesti mengharapkan semua apa yang dia ingikan akan tertunai...betol tak??
huhu..mcm tue la juga saya.....kalo lah semuanya mampu menjadi kenyataan.. bestnyaaaaa....tapi semuanya hanya mampu jadi sekadar angan-angan ja...(^_^)

kalo bole saya nak shopping sepuas hati dengan mak saya...tapi saya nak shopping guna duit saya sendiri.....saya nak belanja mak saya laa...ehehe...beli ole-ole utuk bapa, abg, adik-adik dan lain2.

pastu,, saya teringin sangat-sangat jalan-jalan gi tempat-tempat yang cantik-cantik..mcm yang ad banyak bunga, pemandangan yang cantik, pergi pulau dan pantai yang cantik...pergi tempat yang ada banyak makanan sedap-sedap...(pasar malam la..eheheh)

pastu nak jalan-jalan ngan orang tersayang....
makan-makan.....gi tempat yang ada permainan cam genting, tengok wayang...pergi taman...window shopping....beli barang yang sama..pastu pakai sama-sama...dapat hadiah dari org tersyg...pastu dapat surprise ari jadi.....
sweet kan...huhuhu....

haa..ni lagi teruk..saya berangan nak g luar negera ....hahahaha..nak g korea n jepun...waahh..bestnya..dapat main salji, tengok bunga...makan yang sedap...sushii...dapat jumpa artis korea yang saya minati...bahagianyaaaaaa...huhuhu...

tapi......semuanya hanyalah angan-angan..ehehehe..mana la tauu..jadi kenyataan kan..kan...kan..

aPa kaTa haTi...


Bukan mudah untuk kita meneka apa yang ada dalam hati seseorang
dan bukan mudah juga untuk seseorang itu meluahkan apa yang terbuku dalam hatinya
melainkan dia berharap agar seseorang yang dia harapkan itu dapat memahami walau sedikit pun. Itulah dia hati. Hati kecil je tapi ia menyimpan berjuta-juta harapan.

Kadang kita tak mengharapkan semuanya sempurna, semuanya dapat diberikan, tapi kita cuma mengharapkan sesuatu yang benar-benar kita inginkan.
amat mengecewahkan apabila apa yang kita inginkan tidak kesampaian, kita berusaha untuk membuat agar orang tu faham, agar orang tu mengerti tapi benarlah kata orang kalau nak jaga hati orang kita kenalah makan hati sendiri selalu.

tapi sampai bila nak makan hati..sampai hati dah tak bole dimakan dah...??

lyn (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...