Assalamualaikum.......
Bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia bagi yang beragama islam. Bulan ini bukan sahaja sebagai satu bulan yang menyuruh kita untuk menahan lapar namun kita juga diseru agar menahan diri daripada melakukan perkara-perkara larangan. Menahan lapar sahaja tidak mencukupi sebagai satu ibadah puasa namun kita juga harus menahan nafus kita ianya harus disertakan dengan mensucikan diri kita daripada dosa-dosa, beribadah dan sentiasa mendekatkan diri kepada yang Maha Pencipta. Sesungguhnya Rasullullah SAW bersabda :
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan.". Oleh itu, setiap apa yang kita lakukan samada kearah kebaikan mahupun ke arah keburukan akan sentiasa mendapat balasan. Berbuat baik akan dibalas pahala dan berbuat jahat akan dibalas dosa. Manusia zaman kini kian lalai dalam mengerjakan ibadah puasa, ramai yang telah menyalahertikan erti puasa. Bagi mereka puasa itu adalah menahan lapar tapi bukan untuk menahan nafsu kejahatan. Jadi tidak heranlah mengapa kita pada hari ini tidak mampu menyempurnakan ibadah puasa itu sebaik-baik umat yang terdahulu. Kita berpuasa makan namun kita tidak menjaga tingkah laku, menjaga mulut, menjaga mata, menjaga telinga dan menjaga hati orang lain. Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu.". Oleh itu marilah kita sama-sama mendirikan amal, menjauhi kemungkaran dan melawan nafsu dan mendekati kebaikan. Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri
sendiri.
No comments:
Post a Comment