Monday, August 30, 2010

Penat LeTih but at da sametime sangat menYeroNokkAn



Sempena menyambut hari kemerdekaan
rexco perpaduan dan integrasi MPP UPSI telah membuat program dan salah satunya adalah
Malaysia Book Of Record (MBR).


MBR ini dibuat berdasarkan kepada surat kabar yang digumpal menggunakan air kemudian d cat...memang agak unikla..dan satu2nya di Malaysia yang wat record baru guna surat kabar
Memang pelajar-pelajar UPSI memberikan kerjasama dan komitmen yang sangat-sangat baik.
MPP sendiri pon turun padang mengecat di panas-panas, hujan-hujan.
Pengalaman ari tue memang sangat-sangat menyeronokkan
masing-masing berlumba-lumba mau menyiapkan logo..huhuhu...best



haa..ni lah hasilnya..
logo satu Malaysia terpanjang yang pena di rekordkan di negara kita.
caya laaaa....tahniah kepada peserta dan AJK pelaksnaa...
mantap dan membanggakan.

1Mahasiswa, 1Universiti, 1Aspirasi


Sunday, August 29, 2010

MoOd BaLik kaMpuNg

Bercakap tentang balik kampung...
time-time nak dekat raya mcm ni semua orang mesti nak balik kg kan..
termasuk saya la juga...hihi
pelajar-pelajar di perantauan mesti da sangat-sangat teruja nak balik raya..


Tak sabar rasanya nak jumpa family kat sabah
nak beraya sama-sama dengan family

tapi,,dalam kita bergembira untuk balik kg jgn pulak kita leka
terutamnya para pemandu-pemandu di jalan raya sana.
pandulah dengan cermat, biar lambat asal selamat..kan..kan..kan..
ingatlah sentiasa orang yang tersayang..family..
sama-sama lah kita berdoa agar perjalanan pulang kita diberkati oleh Allah SWT
serta kita semua selamat sampai ke destinasi masing-masing

ho.ho..hoo.hoo..balik kampung..hohoho balik kampunggg..
ehehehee..

HaPPy BaLik kaMpUng wat SeMua


Sunday, August 22, 2010

DinnEr Wif Menteri SaBah


Cakap pasal dinner,, mesti semua orang suka kan.....hehe
siapa x suka dapat makan free dan banyak weeiii...

Dinner bersama dengan Yb Tan Sri Bernald G. Dompok memang bestla,
ada 101 menu dan sebanyak 24 IPTA dan IPTS yang hadir pada malam tue
bayangkan..fuhhh...sakan habis kami makan malam tue..
banyak juga aktiviti dia..tapi lebih kepasa nyanyian la..bahasa kadazan..satu haram jadah pon x la aku faham..huhu..tapi lagu dia semua bestt..malatopp gituueee...(tred mark c juppuee)

pic kat atas tue..baru berapa jenis makanan kami amek....
itu pon x larat uda kami mau habiskan...buncit perut uda kami di watnya
tapi yang paling best...bubur lambuk diaaaa...
fuhhh...tak pena aku rasa bubur lambuk yang sedap mcm malam tue..
sedap gilaaa..
kalo boleh tapau, mau jak aku tapau..hihi..( bikin maluu )

tapi apa yang pentingg..
sakan kami berpic...hehehe
mcm-mcm pose kami gayakan...kalah artis meehhh...
ramai jg student datang..dapat jumpa kawan-kawan lagi tue..bestnya..
apa pon...best dinner dengan menteri-menteri ni...makanan dia..
fuhh..laa maaakkk..
hahaha...makanan itu pentingg..eceehh..

o.k la..sekian saja..
paiipaiii..semoga ketemu lagi..di cerita akan datangggg...

Thursday, August 19, 2010

MerDeka Ku


merdeka! merdeka!! merdekaaaa!!!!
uiii semangatnya jugaa....huhuhu

semangat anak-anak Malaysia gituuuee....


cepat betol masa berlalu...uuwaahh sudah bulan 8
rasa macam baru-baru ja kita sambut hari kebangsaan ari tue..time tahun 2009.
apa pun,,kita sebagai warganegara Malaysia haruslah rasa bersyukur tinggal di negara yang aman, maklmur dan memang damaiala..(bab tiada perang).
Jadi, sama-sama la kita semua memelihara kemerdekaan ini agar terus dan terus merdeka. Jangan la kita di jajah lagi...aduuhh sedih bah tue bila kita imbas-imbas macm mana kehidupan moyang-moyang kita dulu masa zaman penjajahan lagi-lagi masa penjajahan Jepun (saya tau sebab saya belajar sejarah tauukk)
Kita seharusnya berbangga, walaupun negera kita baru ja merdeka tapi negara kita sudah dapat bersaing dengan negara-negara maju dan membangun yang lain. Terima kasih kepada pemimpin-pemimpin negara yang telah bertungkus lumus untuk memajukan negara kita.
Sama -sama lah kita menghayati tema kemerdekaan tahun ini, kita bebaskan diri kita dari penjajahan minda kita buka minda kita untuk melihat dunia luar yang sudah jauh kedepan daripada kita, kita merdekakan diri kita daripada budaya-budaya yang tidak sihat dan kita bina azam baru dalam diri biar kita jadi warganegara yang dapat memberi sumbangan kepada negara suatu hari nanti jagan negara ja yang memberi sumbangan kepada kita...

SelamaT meNyambUt hArI keMerDekaaN maLaysIa

PerMaTa Hati...



semua orang mesti suka tengok baby kan...?
geram je tengok muka baby yang comel dan tembam..


Tengoklah...comel dan mencuit hati...

wajah baby yang penuh dengan kesucian
wajah yang tiada cacat celah..
di ibaratkan kain putih yang bersih tanpa kotoran

inilah anugerah Allah yang paling bermakna
saat paling bahagia buat isteri-isteri adalah saat menimang cahaya mata


geramnyaaaa......cunmmeel.....


lihat senyuman baby...sejuk je rasa di hati
tapi, apa yang berlaku di negara kita??
isu pembuangan bayi
satu masalah yang amat kritikal...
tidak kesian kah mereka membunuh dan membuang bayi...
tiadakah rasa bersalah, rasa simpati mereka terhadap bayi yang tidak bersalah..
namun...
inilah realitinya..
saban hari kes pembuangan bayi ada saje yang dilaporkan...
bila lah individu-individu yang tidak bertanggungjawab ini sedar..
betapa berdosa besarnya mereka di sisi Allah SWT..
Semoga kita sama-sama dibukakan hati
dan sentiasa dijauhkan daripada perkara-perkara mungkar..
amin....

Monday, August 16, 2010

Aku hAnYalaH HamBah-NYA yaNg HiNa



Assalamualaikum..............

Semakin hari saya dah semakin meningkat usia, semakin hari saya dah semakin matang dan semakin hari saya semakin mulai takut untuk menghadapi kehidupan ku dimasa hadapan yang bakal ku hadapi kelak. Bukan mudah untuk menjadi orang dewasa, banyak tanggungjawab yang mencabar perlu kita tunaikan. Jika saya fikir-fikir,, alang kah baiknya jikalau saya dapat memutarkan kembali waktu, saya nak kembali kepada kehidupan kanak-kanak saya. Saya rasa bebas, gembira, dan saya melakukan apa sahaja tidak akan membuatkan hari orang lain sakit sebab orang lain sentiasa asume "budak-budak tak tau apa"....huhuhu....Saya sedar, saya hanyalah manusia yang lemah, yang punya keburukan, dan bole terjebak dengan dosa-dosa duniadan punya terlalu banyak keburukan. Saya sering tertanya-tanya pada diri saya adakah saya layak untuk masuk ke Syurga, adakah saya akan menjadi penghuni Neraka?? Memikirkan semua ni membuatkan saya rasa takut dan sedar kedudukan saya betapa kecil dan hinanya saya di sisi Allah swt.Mungkin terlalu banyak dosa-dosa yang telah saya lakukan tanpa saya sedari. Apakah saya akan menambah dosa-dosa lagi??? Ya Allah...pimpin la aku ya Allah agar aku menyusuri jalan-MU yang benar. Kita sentiasa tau Setiap manusia yang bergelar hamba Allah SWT itu tidak akan lari daripada melakukan dosa, kita tidak berupaya melawan akal fikiran dan hawa nafsu nafsu kita melainkan kita adalah hamba-hamba yang kukuh imannya. Tapi pada zaman sekarang adakah kita ummat yang beriman seperti ummat-ummat terdahulu, sudah tentu jauh sekali TIDAK. Lihatlah kehidupan kita sekarang, hayati nilai-nilai yang ada dalam diri kita, semua itu tidak mampu menandingi apa yang ada pada ummat terdahulu. Kita juga tahu kelemahan terbesar manusia, manusia sanggup tunduk kepada nafsunya sendiri sehinggakan tiada lagi perasaan takut terhadap yang Maha Pencipta. Saya sedih, rasa hina dan malu bila memikirkan kejahilan-kejahilan yang manusia. Adakah saya juga tergolong dalam manusia jahil ini?? Hanya Allah SWT dan diri saya yang mengetahuinya. Semoga Allah akan sentiasa mengampunkan dosa-dosa ku dan sekalian muslimin di dunia dan membimbing kita ke arah jalan yang benar untuk kita menuju ke padan-NYA. Amin...........

Sekian sahaja luahan isi hatiku...



Wednesday, August 11, 2010

kElebiHan BerSaHur







Hadis Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Hendaklah kamu bersahur kerana di dalam bersahur itu ada keberkatannya.

"عن ‏ ‏زيد بن ثابت ‏ ‏رضي الله عنه ‏ ‏قال ‏ ‏تسحرنا مع رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏ثم قمنا إلى الصلاة قلت كم كان قدر ما بينهما قال خمسين آية"

Hadis Zaid bin Thabit r.a katanya: Kami pernah bersahur bersama Rasulullah s.a.w. Setelah itu kami pun mendirikan sembahyang Subuh. Kemudian aku bertanya: Berapakah selang waktu di antara keduanya? Baginda menjawab: Kira-kira bacaan lima puluh ayat .

Bersahur hukumnya sunat. Walaupun sunat tetapi sangat besar manfaatnya.
1)Manfaat untuk diri sendiri. Mendapat tenaga untuk berpuasa.
2) Mendapat pahala dengan percuma kerana ia adalah sunat dan sunnah Nabi s.a.w.

Jadi rugilah mereka yang meninggalkan sahur.Ia juga salah satu amalan Nabi s.a.w.Mendapat pahala menghidupkan sunnah Nabi s.a.w. Dan waktu sahur ialah waktu yang penuh keberkatan. Puasa akan menjadi mudah. Tidak terlewat lagi bagi mereka yang berniat untuk bersahur.

Marhaban Ya Ramadhan

Assalamualaikum.......

Bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia bagi yang beragama islam. Bulan ini bukan sahaja sebagai satu bulan yang menyuruh kita untuk menahan lapar namun kita juga diseru agar menahan diri daripada melakukan perkara-perkara larangan. Menahan lapar sahaja tidak mencukupi sebagai satu ibadah puasa namun kita juga harus menahan nafus kita ianya harus disertakan dengan mensucikan diri kita daripada dosa-dosa, beribadah dan sentiasa mendekatkan diri kepada yang Maha Pencipta. Sesungguhnya Rasullullah SAW bersabda :
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan.". Oleh itu, setiap apa yang kita lakukan samada kearah kebaikan mahupun ke arah keburukan akan sentiasa mendapat balasan. Berbuat baik akan dibalas pahala dan berbuat jahat akan dibalas dosa. Manusia zaman kini kian lalai dalam mengerjakan ibadah puasa, ramai yang telah menyalahertikan erti puasa. Bagi mereka puasa itu adalah menahan lapar tapi bukan untuk menahan nafsu kejahatan. Jadi tidak heranlah mengapa kita pada hari ini tidak mampu menyempurnakan ibadah puasa itu sebaik-baik umat yang terdahulu. Kita berpuasa makan namun kita tidak menjaga tingkah laku, menjaga mulut, menjaga mata, menjaga telinga dan menjaga hati orang lain. Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu.". Oleh itu marilah kita sama-sama mendirikan amal, menjauhi kemungkaran dan melawan nafsu dan mendekati kebaikan. Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri

sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...