Wednesday, February 17, 2010



30 Larangan Kepada Wanita:

1. Menyambung rambut palsu
2. Bertatu, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi
3. Keluar rumah dengan memakai minyak wangi
4. Memperlihatkan perhiasan(bersolek) di depan lelaki lain
5. Menolak panggilan suami untuk tidur bersama
6. Membuka rahsia hubungan suami isteri
7. Berpuasa sunat tanpa izin suami
8. Membelanjakan harta suami, tanpa izin suami
9. Derhaka kepada suami
10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas
11. Mengingkari kebaikan suami
12. Bersama lelaki lain yang bukan mahram
13. Memandang lelaki yang bukan mahramnya
14. Bersalaman dengan lelaki bukan mahram
15. Menyerupai lelaki
16. Membuka rahsia wanita lain kepada suami
17. Memandang aurat wanita lain
18. Keluar rumah tanpa ada keperluan
19. Masuk permandian awam
20. Mencakar-cakar tubuh ketika dapat musibah
21. Meratapi kematian
22. Berhias atas meninggalnya seorang
23. Menghantar jenazah
24. Mempercayai bomoh, dukun dan peramal
25. Menyumpah anak-anak sendiri
26. Tidak bertegur sapa dengan sesama muslim
27. Menganiaya pembantu
28. Mengganggu jiran
29. Minta cerai kerana suami sakit
30. Minta cerai kerana suami menikah lagi



Bersama-sama kita hayati 22 tanda hari Kiamat semakin hampir

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui internet, iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Wallahualam,, oleh itu percukupkanlah bekalan kita agar kita sedia bertemu-Nya kelak.

Saturday, February 13, 2010

Fitrah Bercinta



Setiap individu masing-masing mempunyai pengalaman bercinta yang tersendiri. Terlalu banyak ragam dan suasana yang akan kita alami di alam percintaan. Cinta menyatukan dua hati yang terpisah, dua insan yang saling tidak mengenali dan silaturrahim yang tidak pernah terjalin. Menyayangi itu sesuatu yang mudah tetapi mencintai bukan semua insan dapat lakukannya. Dua benda yang berbeza tetapi bila disatukan menjadi pengingat kasih sayang yang abadi. Cinta adalah saling memberi dan saling menerima diantara satu dengan yang lain, saling percaya dan saling memahami menjadi jambatan pengukuh ikatan yang terjalin. Mengenalinya berdasarkan keburukannya itulah satu cabaran yang membuat kita menjadi lebih matang dalam melakukan penilaian dan itu jugalah yang menerbitkan kejujuran seorang kekasih kepada pasangannya. Kenapa harus ungkapkan cinta seandainya kita sendiri tidak yakin akan perasaan itu, kenapa harus takut untuk lebih kehadapan sedangkan masa itu tidak berundur kebelakang.

Andai ikatan ini berakhir, andai cinta ini terhenti dan andai aku tidak lagi hadir itu bukan bermakna aku tidak lagi mencintaimu, karna satu yang pasti aku tidak dapat menipu hati dan diriku akan perasaanku terhadapmu. Begitu menyakitkan tapi satu realiti yang terpaksa kita terima.

Jom Mengenali Wanita

Ayuh kita renung-renungkan sebagai pengetahuan kepada kita wanita bakal bergelar Isteri suatu masa nanti...:


1. Perempuan yang seperti tabiat babi itu ialah perempuan yang tiada berbuat baik melainkan
makan minum memenuhkan perutnya dan memecahkan bejana jua, dan kemana ia pergi
tiada ia mencita-cita agamanya seperti sembahyang dan berpuasa dan kepada segala amal
yang kebajikan tetapi adalah ia tekal melanggar segala isi rumahnya.

2. Perempuan yang seperti tabiat kera pula ianya gemar memakai kain yang berwarna merah
dan hijau dan kuning dan tiada ia mahu memakai emas dan perak serta bermegahkan
dirinya dan membesar-besarkan dirinya terhadap suaminya.

3. Perempuan yang seperti tabiat anjing ialah perempuan yang ketika berkata-kata suaminya
dipalingkan mukanya; dibantah-bantah kata-kata suaminya serta sering mengherdik
suaminya. Apabila ada harta suaminya maka dikasihi suaminya tetapi tatkala tiada harta
pada suaminya maka maka bencilah ia serta dicercanya dan dinyahkan dari rumahnya dan
lagi tiadalah ia mahu diam daripada menista-nista suaminya.

4. Perempuan yang seperti tabiat baghal pula ialah apabila bertemu ia dengan sesuatu yang
ditakutinya dipalu sekalipun tiada mahu ia berjalan melainkan berkenderaan jua, dan
adalah berbeka-beka dirinya serta mengindahkan dirinya sahaja.

5. Perempuan seperti tabiat ular ialah iaitu menaruh dendam dan apabila mendengar kata-
kata jahat orang terhadap suaminya atau dirinya jadi berkelahilah dia dengan orang-orang
itu.

6. Perempuan seperti tabiat kala pula iaitu sentiasa berkeliling kepada rumah-rumah jiran
sekampungnya serta mengadu-ngadu dan mengumpat-ngumpat serta berbantah-bantah ia
dengan mereka itu seperti kelakuan kala disengatnya barang yang bertemu dengan dia dan
tiadalah ia takut akan bahaya akhirat seperti sabda nabi s.a.w. ertinta "yang fitnah itu
tiada masuk syurga".

7. Perempuan yang sepertri tabiat tikus itu iaitu mencuri harta suaminya lagi berculas dirinya
daripada suaminya.

8. Perempuan seperti tabiat unggas itu iaitu sentiasa ia bertandang tiada sesaat pun istirehat
dan apabila suaminya datang maka katanya darimana engkau tiada engkau kasih akan
daku dan engkau kasih orang lain.

9. Perempuan seperti tabiat serigala pula iatu apabila ada suaminya di dalam rumah maka
pura-pura ia menidurkan dirinya apabila datang maka dimulainya perbantahan seperti
katanya bahawaku seorang diriku dirumah serta sakitku engkau pergi bermain-main.

10. Perempuan seperti tabiat kambing itu iaitu adalah kepadanya beberapa manfaat dan ialah
perempuan yang salih lagi mengasihi akan suaminya dan anak-anaknya dan segala orang
kampungnya dan segala keluarganya dan ialah yang berbuat kebaktian akan Allah s.w.t.

Ini sekadar perkongsian bersama...

Disebalik Lelaki.......

Lelaki juga boleh menjadi seseorang yg begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin)

Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dgn budi bahasa dan kesopanan yg tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yg mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yg boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yg dirasakan oleh seorang wanita.

Lelaki boleh menerima penolakan dgn baik.

Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya utk menambat hati wanita...

Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.

Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dgn situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!

Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

Bila lelaki cakap.."Emm..tengoklah dulu"..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau
kurang setuju.

Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

Kebanyakan lelaki yg nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys!

Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini... Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dgn lebih baik.

Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita..dia tetap hanya
ada seorang teman wanita yg istimewa... yang lain hanya kawan..

Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari... maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja... .Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!

Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.

Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti...

Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.

Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.
Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

Friday, February 12, 2010

Siapakah Wanita.......

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia
diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.
Aku
membuat bahunya cukup kuat untuk menopang
dunia;
namun, harus cukup lembut untuk memberikan
kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam
untuk mampu melahirkan anak dan menerima
penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya
tetap
tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan
mengasuh
keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan
tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai
anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan
ketika
anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung
suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi
dengan
tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui
bahwa seorang suami yang baik takkan pernah
menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji
kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada
disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk
dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk
digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah
dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia
tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus
dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya,
tempat dimana cinta itu ada."

Inila hakikat sebagai seorang wanita. Bukan mudah untuk menggalas tanggungjawab dan bukan senang menjadikan kita cantik dan indah dipandangan masyarakat. Setiap kebaikan pasti ada tersisip keburukan. Kerana itulah lumrahnya. Namun, Sebegitu mulia Allah telah ciptakan wanita, kenapa wanita sering menjadi mangsa??? Kenapa wanita menjadi insan terpilih kepada manusia bernama lelaki. Wanita cuma inginkan sedikit pengertian, kasih sayang dan penghargaan. Hati wanita tidaklah sebesar dunia, kecil dan mudah terguris oleh contengan-contengan yang menyakitkan.

Kembara Seorang Pelajar.

Hidup sebagai seorang pelajar ibarat sebagai belukar yang tiada guna tetapi bila belukar itu dibersihkan dan dilapangkan ia akan memberi satu kegunaan yang baru. Itulah saya ebagai seorang pelajar. Andai kata saya tidak berusaha menjadi seorang yang berguna dan berjaya, maka jadilah saya seperti belukar. Tapi, jika saya sedar akan tanggungjawab sebagai pelajar, peroleh kejayaan maka sudah tentu saya akan dapat berbakti kepada anak bangsa dan negara. Terlalu banyak onak dan duri yang pelajar terpaksa harungi. Kadang timbul perasaan putus asa. Tapi semangat orang-orang tersayang yang membuat kita untuk teruskan perjuangan. Kawan-kawan menjadi pelengkap dan menjadi teman tawa riang. pengalaman suka duka jadi lumrah dalam kehidupan kita sebagai pelajar. Nikmat sebagai seorang insan yang bergelar pelajar terlalu indah dan berharga.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...